Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Review : Botol Susu Brand Nanobebe

Hye, assalamualaikum. Harini hari ke 29 dah aku berpantang. Ada lagi 15hari. Woooahhhh! Lama lagi hahaha..so dikala keboringan ni, aku nak review pasal botol susu Safelia. Aku pilih botol susu dari brand Nanobebe. Brand US. Aku beli sebab rupa paras dia sebijik macam breast ibu. Sebab dari Safelia dalam perut, aku memang plan nak susukan guna botol. Tak kisahlah susu fm atau ibu, tapi memang nak dia minum dari botol. Dan senang nak tinggal dia bila aku nak p buat kerja or p berjimba. Gittuh! So brand ni jadi pilihan. Harga untuk full set macam dalam gambar Rm299.90 sahaja. Dengan harga Rm299.90, aku dapat macam list diatas tu. berbaloi la juga bagi aku. Ok aku review 1-1 barang dia ok. ——————— Botol susu & puting botol ; Best dia sebab botol dia ringan ya amat!! Ringan yang memang betul ringan gila. Nipple dia pun lembut, lembut yang tak fake. Pastu botol dia, cepat panas. So susu badan cepat suam. Tak perlu tunggu lama pun nak bagi susu badan jadi suam yang nice. Lepas tu senang g

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab tim

Hari Ke 28 Berpantang.

Hye, assalamualaikum. Harini dah masuk 28hari aku berpantang. Yang mana tak tau, after 8tahun aku mengandung lagi. Dan dah selamat pun bersalin baby girl pada 2/10/2020 haritu. Nama diberi, Nur Safelia Binti Mohd Noradli. Lahir dengan berat 2.78kg, tinggi 50cm. Bersalin secara czer pada minggu ke 35 3hari. Kira Safelia ni doktor cakap borderline prem. Disebabkan berat dia cun, dia tak masuk NICU. ——————— Safelia ni boleh kata baby accident. Aku memang teringin nak ada baby tapi kalau bagi pilihan biarlah Adelia jer. Tapi tuhan nak bagi juga. Aku terima ja la, cuma next time dah taknak dah mengandung n beranak. Aku dah bagitau doktor Yati. Aku plan nak BTL kot. Tengok lepas habis pantang ni doktor Yati nak bincang lain. Dia tak rekemen BTL, tapi aku nak. Pantang kalini, berdua dengan Eli. Patutnya aku upah CL.. tapi sebab bersalin awal, jadual CL aku tu full tak boleh nak selit langsung. So terpaksa cancel. Semua Eli buat. Start hari ke 14 macam tu aku dah ok banyak so banyak benda lain

Dah Lama Aku Tak Menulis.

Hye, assalamualaikum. Lamanya aku dah tak menulis di blog yang aku sayang ni. Since Facebook & Instagram memula membosankan aku, why not aku kembali menulis. Aku pun dah tak ingat, bila last aku update blog. Tahun 2020 ni aku masih setia dengan PbySO. Cuma banyak yang berubah dalam PbySO. Turun naik bisnes tu biasa kan. Orang datang dan pergi dalam kehidupan kita pun biasa. Since awal 2020, PbySO hanya ada 1staff sahaja. Staff lain, aku dan Eli terpaksa berhentikan atas sebab company tengah dalam waktu “teruk”. Sejak PKP, bisnes slowly naik balik. Semuanya atas rezeki terpijak. Sebab Dato Rizalman ada promote bisnes makanan aku, tak sangka PbySO dapat kongsi rezeki terpijak tu jua. Alhamdulillah. Banyak benda yang jadi dalam bisnes, dalam life aku. Tak tercerita semuanya. Ada yang manis. Ada yang tawaq. Ada yang pahit. Ada yang aku berkongsi dengan Eli. Ada yang aku telan sensorang. Aku pernah give up dengan PbySO. Sama macam aku give up dengan stokis PbySO dulu. Cuma Eli asyik puj