Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Akhirnya, Jumpa Susu Formula Yang Sesuai Untuk Safelia.

Hye, assalamualaikum. Aku dah jumpa susu formula yang sesuai dengan Safelia. Alhamdulillah. Safelia dari lahir campur susu fm dengan susu badan. Lepas tu susu badan aku drop terus, so Safelia fully fm. Macam-macam cara aku buat. Makan milk booster jeneh buah kering tu, tak jadi apa. Minum Horlick, tak jadi. Bagi Safelia hisap pun tak jadi. Pam tiap 2jam pun tak jadi. Last makan pil tambah susu domperidone, makan sebiji ja.. tapi aku jadi mengantuk gila-gila. So aku stop. N redha. Kiranya Safelia sempat susu badan dalam 2minggu++, sebab aku pump so dia dapat full susu yang kuning tu. Susu putih ja dan dapat 3x kot. So susu yang aku try untuk Safelia ; Enfalac A+  Safelia sembelit, keja kentut ja. Taik keluar warna macam nak kelabu n bulat kecik2 macam taik kambing. So stop. Frisolac Comfort Keja berak sampaiiiiiiii turun berat badan. Kira dah tahap cirit. Minum ni sebab nak bagi kuning cepat turun tapi nan ado. Tapi sebab dia bagi turun berat badan. Aku stop. S26 Gold Safelia minum keja

Resepi Spaghetti Bolognese Yang Simple

Hye, assalamualaikum. Semalam Eli request nak makan spaghetti bolognese. Dia p beli bahan semua sebab dia kata dah lama teringin nak makan tapi nak aku yang masak sebab aku masak sedap. 😆 kembang i tau hahaha.. So semalam aku masak untuk kami 3beranak makan. Resepi dia mudah ja. Simple tapi sedapppppppp! Ok jom tengok resepi. Bahan yang kena ada ; Spaghetti Daging kisar (agak sendiri) Bawang holland 1 Bawang putih 2 Tomato 1 Carrot (1/4) Mushroom (1tin) Sos bolognese (brand Adabi) Air (1cawan) Garam / mushroom seasoning Cara masak dia senang. Aku tak guna sebarang minyak tau sebab tak suka kuah bolognese yang kaya minyak 😆 Panas kuali, dan masukkan terus daging kisar. Api kena slow. Masak daging kisar ni sampai air daging kering dan daging tu keluar minyak dia sendiri. Bila dah keluar minyak daging, masukkan bawang holland & bawang putih yang dah di cincang. Masuk bawang holland dengan bawang putih. Gaul sampai mesra. Lepas tu masuk tomato. Masak sampai layu n mesra elok. Lepas t

Review & Spoiler Kdrama : Innocent Witness.

Hye, assalamualaikum. Kalini nak review movie dari apps Viu pula iaitu Innocent Witness. Cerita yang berdurasi 2jam 4minit. Cerita dia pasal seorang peguam yang kena bekerjasama dengan seorang budak perempuan yang autisme yang mana daya pendengaran dia tajam dan dia suka main game (apa saja game terutamanya kalau game kira-kira, seminit ja dia pikiaq dapat jawapan.. punya hebat lah! Hahahaha..So lawyer ni try tackle dia melalui apa yang dia minat. Budak perempuan ni kena jadi saksi dia di mahkaamah untuk 1 kes pembunuhan. Rumah orang yang dibunuh tu dalam 1kawasan yang sama dengan rumah budak perempuan ni, tapi jarak rumah tu jauh juga la. Disebabkan dia special, so dia boleh dengar sebarang bunyi yang jauh even kalau kita berbisik pun dia boleh dengaq. Orang normal tak akan dengar. Budak perempuan ni dia susah nak berkomunikasi dengan orang yang dia tak kenai, so jenuh gak la lawyer tu nak dekati dia. Macam-macam cara lawyer tu buat sampailah lawyer tu dapat no fon dia dan boleh berko

Review Buku Safelia : Soft Teether Book For Baby.

Hye, assalamualaikum. Saja nak share n nak review buku Safelia. Kemain baru berapa hari di dunia, ibu dah excited beli buku untuk dia.😆 Aku memang suka beli buku, since Adelia kecik. Dan untuk diri sendiri pun aku rajin beli, kalau travel ke Indonesia, ada duit lebihan memang aku akan singgah kedai buku dekat sana untuk habiskan duit yang ada. Kalini beli untuk Safelia. Haritu masa checkup Safelia, Dr Hema bagitau yang baby akan nampak warna hitam, putih dan warna ketiga yang dia akan nampak adalah warna merah. So aku saja check di Shopee pasal cloth book /teether book black n white, sekali jumpa dan harga dia sangat murahhhh!!! So aku order sebijik macam dalam gambar lepas baca review. Dekat 2w+ juga tunggu sampai sebab dari China. Bila sampai, ya allah sukanyaaaaaa!! Sampai dengan selamat. Material dia non toxic cloth. Tak ada sebarang bau apa-apa bila kita bau. Bila kita keronyok dia pun xda keluar bau apa2, aku try gigit, pun tak ada sebarang rasa pelik. Dan boleh masuk mesin basu

Happy Birthday Kakakku!

Hye, assalamualaikum. Harini keluar berjimba lagi, kalini dengan kakak i pula. Kemarin birthday dia. 19.11.2020 genap umur dia 33tahun. Sat ja dah tua hahahaha.. Makanya aku drive p opis dulu sebab dia ajak naik 1keta ja. Lama gila oi xjumpa hahhaha so banyak la benda yang kami gosip kahkahkahkah... Aku sebelum keluar, aku masak nasi siap-siap dekat Eli, goreng ayam siap-siap. Eli tolong jaga Safelia. Safelia ni senang ja tinggal sebab minum susu dalm botol. Senang nak me time, i like! Lepas settle masak, siap-siap terus p opis. Selfie luuuuuuu... 😆 Lunch di Sushi King, harini Jumaat so dapat rehat lama dari jam 12.30 sampai 2.30ptg. Lepak makan. Sembang non stop. Gelak non stop 🤣 Settle makan di Sushi King, jalan cari SR sebab Pikah kata dia ada nampak SR dalam Amanjaya. Cari-cari jumpaaaaaa! So aku pau dia kek 2slice 🤣, dia punya 1slice. Siap minta lilin tapi lupa tak dak api hahahaha.. so cucuk ja acah-acah. 🤣 Happy Birthday Pikah! Semoga yang baik-baik saja untuk hg & Sarah

Resepi Moi Berlauk & Kangkung Goreng Belacan Yang Simple & Sedap.

Hye,assalamualaikum. Harini nak share resepi moi berlauk dengan kangkung goreng belacan yang simple tapi sedap! Resepi ni aku buat untuk berniaga, ampa kalau nak follow n nak buat jual pun boleh. Insyallah sedap dan cara nak buat dia senang. Untuk moi kita kena ada ; Beras Air ayam (bahagian isi) Serai Halba Rebus ayam sampai air ayam keluar habis & isi ayam tu jadi kering. Pastu ketepikan ayam. Masukkan beras, serai & halba dalam air rebusan ayam. Masak sampai beras jadi moi, api kena slow tau. Masuk garam. Siap. Untuk kangkung goreng belacan ; Kangkung Ikan bilis Cabai hidup merah Cabai melaka Belacan Gula kabung Bawang putih Bawang merah/bawang ros Garam Kicap masin Mushroom seasoning Minyak masak Sedikit air Bawang putih, bawang merah, cabai hidup, cabai melaka, ikan bilis, belacan, gula kabung di blend sampai lumat atau separa lumat. Panaskan minyak, masuk bahan blend. Api kena slow tau. Masak sampai pecah minyak & air bawang semua kering. Masuk kangkung dan sedikit ai

Review & Spoiler Movie : His House

Hye, assalamualaikum. Aku baru habis layan 1 movie di Netflix Malaysia. Tajuk movie tu His House. Cerita pasal perlarian dari Sudan yang lalu jalan laut untuk ke UK. Cerita ni dia fokus pada 2watak utama, sorang budak perempuan, rumah & “hantu”. Cerita dia start dengan couple dari Sudan ni selamat sampai di UK dan ditempatkan dekat 1 rumah. Diberikan duit dan depa tak boleh bekerja. Kalau depa punya perangai ok, baru depa boleh menetap kekal di UK, kalau dak depa kena hantar balik ke Sudan. So bermulalah cerita depa hidup dalam rumah tu. Watak lelaki nama Bol, watak perempuan nama Rial, watak budak perempuan nama Nyagak. Bila depa dah duduk rumah tu, depa dua mula dok nampak bayang-bayang macam hantu dan depa dok nampak mayat-mayat yang mati di laut dan kerap kali depa nampak Nyagak tu ada dalam rumah yang depa duduk. Nyagak tu mati masa depa dalam perjalanan nak p ke UK. Mati lemas. Dan 1hari Rial ni kena kacau lepas balik dari beli barang basah. So malam tu, dia kata dekat Bol ya

Good Good Lucksaa Akan Beroperasi Semula.

Hye, assalamualaikum. Insyallah kalau tak ada aral, Good Good Lucksaa akan kembali beroperasi. PbySO macam biasa, on. Now PbySO 89% kakak aku handle. 10% Eli bantu sikit-sikit. Aku bantu dalam 1% gitu. Good Good Lucksaa aku start bulan 7/2019. Excited gila masa nak buka Good Good Lucksaa ni. So aku sewa tempat macam food court tu. Time ni tak ada sangkaan buruk apa pun. Yang aku tau aku syok nak jamu orang makan. 😆 Stall aku, saiz dalam 10x12 kot tak silap. Sewa Rm500 sebulan. Owner warga emas. Owner baik. So berniagalah aku. Sebelum berniaga, aku bagitau owner, yang aku tak akan guna dapur gas. Sebab aku masak dirumah. Dan akan panaskan guna dapor letrik 13v macam tu. Dan aku akan pakai toaster & dapur letrik juga 1 chiller. Owner pun ok. So start lah aku berniaga. Seronok weh. Boleh kata hari-hari habis. Licin. Memang balik awal. Dan dekat food court tu, makanan aku yang paling mahal. Set daging salai Rm12 & set keli salai Rm10. Roti Bakar Rm4. Menu aku haritu. Memang syok b

Resepi Maggi Kari Yang Sedap & Tips Telur Goyang.

Hye, assalamualaikum. Nak share resepi maggi kari yang sedap! Dan aku akan ajar sekali cara nak bagi maintain telur kuning goyang & kuah tak jadi bertelur. Resepi Magg kari ; Maggi kari (brand maggi sahaja) Telur ayam 1biji Air 2cawan (atau agak sendiri) Sawi 1batang Bawang kecik /bawang ros 1ulas Bawang putih 1ulas Limau nipis 1hiris Cabai melaka 2pcs Minyak masak 1-2sudu besar Bawang goreng sahimi Cara nak masak ; Panaskan minyak, tumis bawang ros, bawang putih dan cabai melaka. Api slow ja ok. Agak kuning n garing, masuk perencah kari. Kacau sampai mesra. Masuk air. Api maintain slow. Dan biar sampai mendidih. Kecilkan api ke api yang paliiiiiiiinnnnnngggggggggg kecik, masuk maggi dan pecahkan telur dekat 1bahagian ja (makesure masa pecahkan telur tu, rendahkan tangan ok). Agak 1minit, besarkan api & buh sawi. Cukup lagi 1minit, tutup api. Perahkan limau nipis. Dan tabur bawang goreng Sahimi. Perhhhh! Sedap oi! ————— Kuah ampa confirm tak akan jadi bertelur or pekat sebab te

Tempat Shopping Pakaian Baby Murah.

Hye, assalamualaikum. Nak share tempat jual pakaian baby murah. Aku suka harga yang murah-murah sebab aku suka beli banyak hahaha.. so bila murah dapat beli berhelai-helai. So atas permintaan, aku share dekat mana aku shopping baju bajan Safelia. 1. Gm Klang. Bangunan lama. Tingkat 2, Luvable Store. Kedai ni murah ya rabbi dan banyaaaaaaaaakkkkk pilihan rompers yang lawa-lawa terutamanya untuk baby girl. So rompers aku beli situ ja semua. Selain rompers, stokin pun aku beli situ. Harga dia boleh dapat 40% diskaun tau kalau beli banyak n boleh campur barang untuk dapat diskaun 40% tu. Aku beli ; - 27helai rompers. - 2helai seluar panjang. - 2helai cap. - 10pasang stokin. - 5helai headband. - 18helai legging. - 3helai nursing cover. - 1helai blanket. Total dalam Rm688 untuk semua item yang aku list. Luvable Store ni ada online shopee di Shopee, tapi harga tak sama macam walkin. So better walkin la. 2. Ywqiyue.my Ini nama online shop di Shopee untuk beli kain bedung Safelia. Murah gila ba