Skip to main content

Posts

Berakhir Jua 44 Hari Berpantang.

Hye, assalamualaikum. Harini cukup 44hari aku berpantang. Settle sudah! Yeayyyy!!! 🤣 So tadi kena p check up dengan Dr Yati untuk tengok condition rahim, cyst & sembang pasal perancang juga. Mula aku nak buat BTL, Eli ok ja. Cuma Dr Yati tak setuju sebab aku muda lagi dia kata. So lepas pikiaq-pikiaq aku & Eli plan nak merancang natural ja. Settle bab tu, Dr Yati suruh aku buat pap smear sekali, so tadi buat. Result maybe 3-4hari lagi kot. Check juga rahim. Rahim kecut elok. Cyst pun tak ada dah. Tempat jahitan pun cantum elok dah. Lega weh. Lani jaga jangan bagi jangan pregnant ja. I xmau dah. Letih & memenatkan. Selamat kalini Eli 100% bantu jaga Safelia. Harap aku sorang memang dak la. So sapa yang beria nak baby, dialah yang kena jaga lebih, 😂 itu deal kami masa awal pregnant haritu. So kos check up harini ; Scan + consultation Dr Rm140. Pap Smear Test Rm17 Total : Rm157 Settle bayar semua, masuk toilet snap gambar dulu hahaha.. berat aku so far dah 72kg+ n stuck tak ...

Barang Baby Yang Aku Beli, Selepas 8 Tahun.

Hye, assalamualaikum. After 8tahun baru mengandung semula so aku kena beli 100% barang baru. Sebab plan awal dulu dah tak nak mengandung lagi. Tapi sian dekat Eli sebab dia excited nak baby, aku ikutkan jala. Sayang punya pasal. So rezeki, dapat simpan 10k untuk persiapan Safelia. 10k untuk beli barang dan kain baju dia. Duit bersalin, Eli yang kena cari n simpan. Apa yang aku beli? Jom aku share untuk rujukan ampa. Semoga ada manfaat dan membantu sedikit sebanyak. Aku akan share bab harga, dekat mana aku beli sekali ok. 1. Stroller. Stroller aku beli brand Sweet Cherry model STGRACIEUX. Harga Rm399, include postage aku bayar Rm404 sahaja. Murah 10-15inggit dari beli di kedai fizikal. So far aku suka bentuk fizikal dia. Dan bila kita lipat, dia jadi compact n xmakan space banyak bila letak dalam kereta. Aku beli di Shopee. 2. Car Seat. Untuk carseat, aku pilih brand Koopers n jenis kena install guna belt, tak ambil jenis isofix. Aku ambil Lambada. So murah sikit. Harga retail kedai Rm5...

Adelia Dah Big Girl.

Hye, assalamualaikum. Sejak aku dalam pantang, Adelia macam terabai sikit. Tapi aku try the best untuk bagi dia tak rasa tersisih. Takut gila kalau dia terasa hati ka apa sebab sebelum Safelia lahir, dia tanya aku “ibu nanti ada baby ibu dah tak sayang kakak ke?” Aku jenuh explain. Rupanya dalam buku dia ada tunjuk gambar family yang dapat baby baru, n depa macam sisih anak 1st depa. Dia nampak gambar yang tu ja, padahal bawah pada gambar tu tunjuk tak sisih pun. 😂 So bila explain, dia ok. Sepanjang mengandung pun aku dok cerita yang baby excited nak jumpa kakak. Adelia tanya, “ibu, nanti baby lahir dia tau tak kakak pun girl? Ke dia ingat kakak boy?” 🤣 Bila Safelia lahir, nampak yang dia ok boleh terima ada adik, maybe sebab dia dah besaqkan. Dia keja nak pegang adik, nak riba adik ja. Ciwiiii.. Harap depa rapat sampai besar. Kakak jenis lembut. Hati pun lembut ja. Nak gaduh tak pandai. Nak mengusik pun tak pandai. Nampak macam adik yang akan jaga kakak. Macam aku jaga Pikah. 😆 Tah...

Kenalkan Confinement Lady Aku, Kak Zai.

Hye,Assalamualaikum. Kalini ada rezeki lebih untuk ambil CL, area Sungai Petani ni rate murah juga. Tapi kena pandai cari. Aku survey paling mahal 10k pun adooo, tapi rezeki jumpa yang murah. Deposit pun ikut suka nak bagi berapa. Kak Zai cover seluruh Kedah dengan caj transport tau, 1 Malaysia pun Kak Zai cover juga cuma kalau tak ada job luar Kedah memang Kak Zai akan cover seluruh Kedah. Paling dekat macam area Bertam pun Kak Zai cover juga. So siapa yang cari confinement lady area Kedah, Bertam boleh roger Kak Zai. Luaq Kedah nak upah Kak Zai pun boleh tau. Ada 3pakej, dari Rm250 hingga Rm4k+ maksimum. Berbaloi la juga pakej dia. Dan dah 8tahun dalam bidang CL & urut mengurut ni. Aku kenalkan, Kak Zai. Seorang wanita berumur awal 50an. Masa 1st time whatsapp pun dah tau Kak Zai ni jenis lembut. Aku pilih pakej semua, dan bayar deposit Rm79. Aku ambil 30hari. Tota pakej Rm3600. Aku booking untuk tarikh 3/11/2020, sekali aku bersalin awal!!!!! Awal sebulan. Dan malangnya slot Kak...

Petua Hilangkan Kuning Baby, Berkesan Ke?

Hye, assalamualaikum. Aku nak cerita petua yang aku follow untuk hilangkan jaundis Safelia. 😆 berkesan ke idok? Meh baca sehingga titisan terakhir. Safelia lahir dengan bacaan jaundis dia 150, kira hari pertama lahir tu kuning dia dah tinggi. Adelia dulu lahir di Putrajaya lagi la aku tak tau bacaan kuning hari pertama dia berapa. Maybe depa tak check kot. Hari ketiga lahir bacaan kuning Adelia jadi 416. Gila tak gila. Fobia kalau ingat. Tapi kalini tak mau cerita pasal kuning Adelia, nak cerita pasal kuning Safelia ja. Pastu hari kedua kuning Safelia naik ke 174. So dok bawah lampu. Naik sebab poor feeding. Susu badan masih tak dak hari kedua. Dengan aku kekok tuhan saja tau. So apa petua yang aku buat untuk hilangkan kuning Safelia? 1. Calit akar seruntun di tapak kaki. Aku cuba juga petua ni. Tapi nan ado tak berkesan hahahaha.. Gigih ayah p cari akar seruntun. Aku pun try-try buh. Tapi bacaan kuning memang tak turun langsung. 2. Bagi ubat. Walaupun aku baca tak ada ubat untuk kuni...

Review & Spoiler K-Drama : Missing The Other Side.

Hye, assalamualaikum. Time dalam pantang ni banyak la masa kan, so aku layan Kdrama. Aku review + sekali spoiler tau. Siapa yang tak suka spoiler, jangan baca! Orang yang suka spoiler ja boleh baca. 😆 Missing The Other Side, cerita pasal seorang lelaki nama Wook & seorang orang tua nama Mr Jang yang boleh nampak roh orang mati. Dalam 1hutan dekat sebuah kampung nama Duon, ada perkampungan atau 1 tempat persinggahan roh-roh yang mati tapi mayat depa hilang dan orang hidup tak jumpa mayat depa. Mr Jang tu dah bergaul dengan roh-roh di kampung tu dah 10tahun, 1hari Wook ni tanpa sengaja terjatuh ke kampung ni. Dan tak sangka dia pun boleh nampak roh-roh dalam kampung tu. Dan kebetulan, Wook ni diburu oleh samseng sebab dia nampak samseng ni culik seorang perempuan yang bernama Yeo Na. So dia terpaksa stay di rumah Mr Jang. Wook ni anak yatim piatu, mak dia tinggal dia dah hampir 27tahun. Mr Jang pula bini dia bunuh diri. Dan depa dua orang ja yang boleh nampak perkampungan roh-roh ni...

Review : Babylove Foldable Stand a.k.a Baby Bath Stand

Hye, assalamualaikum. Nak review stand untuk letak bath tub. Aku saja gatai beli, tapi tak sangka sangat berguna untuk ibu yang bersalin czer macam i.. dan kalau bersalin normal pun sangat berguna. Beli dengan harga Rm112.00 di kedai baby dekat Alor Star. Di Shopee dengan Lazada pun ado. Baby bath ni dia ringan yang just nice & steady. Berbaloi la dengan harga. Mula aku berkenan yang brand snuggle tu, tapi bila buat perbandingan, y jeneh ni lagi boleh pakai lama. Bila dah tak guna untuk letak bathtub, kita boleh guna untuk letak barang. So berbaloi la. Kita boleh adjust tinggi dan rendah dia tau. Samada nak bagi mandi anak sambil berdiri atau nak bagi mandi anak sambil kita duduk. Aku selalu bagi mandi dalam posisi berdiri. Untuk ketinggian aku 157cm ni, posisi berdiri time bagi mandi pun nice. Tak terlalu bongkokkan badan, tak terlalu tegak. So tak lenguh la belakang. Posisi sambil duduk, aku tak pernah try lagi. Kalau posisi berdiri, bathtub tu memang akan macam tercongek sikit. ...