assalamualaikum..
sebelum tue baca dulu apa yang akak aqma tulis.
sebelum tue baca dulu apa yang akak aqma tulis.
Buat adik Safiya ku sayang~
Assalamualaikum wbt.
Entri ini khas untuk insan yang bernama Safiya yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam 5 hari lagi. Wow. Nervous. Aku pulak yang nervous. Bakal pengantin nih relax jek. Aku suka cara dia. Actually dia muda lagi dari aku tapi sangat bertuah bila dapat kahwin dulu dari aku. huhuhu.
Safiya nih sorang yang perangai gila-gila, sempoi dan paling penting dia tak peduli apa orang cakap. Wah, tabik aku kat dia. Yelah, kalo macam aku nih, orang cakap sikit jek aku dah fikir ke laut. Ish, ish, ish,
Safiya bakal melangsungkan perkahwinannya pada 30 April 2011 nih. Sori dik tak dapat pergi, sob, sob, sob. Seyes, superb tengok persiapan adik safiya nih. Walau simple jek tapi macam meriah. Aku pun tengah nak try buat apa yang dia buat. Yang penting bersederhana.
Nih kakak mu nak bagi nasihat sikit. Ehem-ehem. Nasihat dari orang tua-tua. Erk, i belum tua okey. Cuma sampaikan apa yang orang tua selalu cakap jek. :P
1. Adik Safiya, ingat lah tanggungjawab sebagai seorang isteri, dulu bujang aka seorang, tapi nanti akan hadir seorang lelaki bernama suami dalam hidup adik. So, banyak sangat perubahan yang akan berlaku. Dulu tidur sorang, sekarang berteman. Dulu basuh baju sendiri, sekarang kena basuh baju suami. Dulu masak cincai untuk diri sendiri, sekarang kena masak untuk suami. Dulu nak kemana tak payah tanya sesapa, sekarang nak keluar sidai baju pun kena tanya suami. Dulu tak ada priority, sekarang priority adalah suami. :)
2. Hope adik Safiya akan mendengar cakap Adli (bakal suami Safiya). If boleh jangan melawan kerana sekarang syurga adik di bawah telapak kaki suami. **sigh**
3. Hope adik dapat membahagikan masa dengan suami juga pelajaran adik.
4. Jangan pernah peduli dengan kata-kata luar yang nak manjatuhkan rumahtangga adik. Berdiam sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan rumahtangga adik Safiya.
5. Jaga makan, minum dan pakaian nya kerana itulah tanggungjawab seorang isteri.
6. Jaga nama baik suami, maruah suami, harta suami, hal-hal rumahtangga tak perlu diceritakan kepada orang lain, dan yang paling penting rahsia-rahsia antara suami isteri dipegang erat.
7. Jangan pernah berubah hati untuk suami. Kerana pada akak suami nih tulang belakang kita. Sesungguhnya sesuatu hubungan yang sangat seronok apabila pasangan telah di ijabkabulkan. Amin.
8. Jaga pergaulan dan pakaian adik. Kerana setiap dosa itu akan jatuh pada suami. Jadi sebagai isteri janganlah membebankan suami.
Setakat nih itu saja pesan akak. (sambil ambil tisu lap airmata gembira + sedih). Akak minta maaf kalau segala nasihat ini macam melampau. :)
Jaga diri bebaik ye sayang. Hope one day akak dapat jumpe adik. Teringin sangat nak jumpa kamu!! sobsobsob.
owh, sori, dah tak leh nak taip lagi dah.
Nota Cinta:: Rasulullah bersabda "Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada"
~ ~ ~
dah baca?serius aku terharu dan menangis.tak pernah terpikir pun akan ada orang nak tulis macamni dekat aku,sebelum ni kak rye yang banyak nasihat dan pesan dekat aku..dan bila ada lagi yang nasihat aku..perh!rasa macam aku ni atleast wujud juga dalam hidup lepa.dan aku xada la rasa aku ni teruk sangat.
to kak aqma, terima kasih banyak banyak sebab terlintas dengan ikhlas nak nasihat dan ingatkan saya yang kendos ni...
insyallah saya akan cuba jadi yang terbaik.
serius blur tak tau nak cakap apa..hahahaha..terharu.sebab membaca apa yang orang tulis dan orang bercakap dengan kita sangat berbeza.setiap satunya ada feeling yang berbeza.
terima kasih akak!semoga kita murah rezeki untuk berjumpa.amin.
kepada kak aqma,kak rye,kak liana majid,sis lady dan kakak kakak yang sentiasa komen bagi nasihat secara baik dan tak pernah argue cara saya menulis...terima kasih banyak banyak atas nasihat kalian.
saya still ingat nasihat kak liana majid bila tau saya nak bertunang...dia cakap "lepas ni kena pandai bawa diri...sebab ada dua pihak yang piya kena jaga air muka diorang"
saya still ingat apa yang kak rye cakap dan selalu pesan dalam telefon..."hg kena byk sabar dan paham suami hg nanti...jgn kuat cemburu..jgn dok control lepa.."
*sedih +terharu*
terima kasih semua yang doakan baik baik untuk aku.terima kasih sebab tak argue cara penulisan aku. tapi serius diluar aku berbahasa sangat berlainan dengan cara aku menulis.so jangan takut nak tegur.hihi..
Comments
http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2011/04/contest-blog-saya-smart.html
kahkahkah!
sy yg bce pn leh t'haru wlupn sbnrny pesann tu ditujukn utk piya..
huhu..
anyway, wish u all the best..
may u'll be happy with the new chapter in ur life..
^-^
btw..piya duk kt kedah ek??huhuh...sy nih kt selangor..dan 30april lak sepupu tunang..huhuh...
sy doakan kebahagiaan awk!
add ym sy..
leana_usagi89@ymail.com
pdm la nih nt..jgn lak appprove..ahhha!