Assalamualaikum Tak tau macamana nak cerita..rasa macam mati hidup semula. Aku, Eli & Adelia accident. Aku baru ja ambik lesen dekat pakcik Mokhtar. Tengok malam tu juga accident. Hari Ahad haritu,aku gerak dari kampung sebab Isnin eli dah keja. Kami gerak dari rumah ayah, lepas p kenduri di Tikam Batu. Dalam pukul1 pagi,kami dah sampai dekat highway KLIA, bayar tol dan eli minta aku bawa kereta. Dia dah mengantuk gila. Aku pun drive n eli dok belakang jaga adelia. Adelia time tu tengah tidoq..tidoq dekat belakang tanpa car seat. Kami tak beli car seat lagi untuk Adelia. Aku pun bawa kereta sambil sembang dengan eli,sambil gelak-gelak. "b,u jgn tidoq..i xtau jalan.." "b,macam lelong ja i bawa..hahaahha" saja aku dok melawak dengan dia..dia pun dok gelak2 bila aku kata aku bawak lelong..padahal xlelong pun..perasaan ja haha.. pastu eli cakap "jap g u bagi signal kiri..masuk kiri" dok sat dalam 2-3min gitu,aku bagi signal kiri n tengok dekat cer...















Comments
supeeer cute ! hihihi :D