Skip to main content

Rocker untuk baby yang bakal lahir nanti.

assalamualaikum.. hye peeps.


dah selamat membeli rocker.pening juga la nak pilih yang mana kan..sebab tengah aim dua jenis rocker..harga pun lebih kurang...cuma beza tang warna ,keselesaan dan keteguhan..AHAHA

aku berkenan rocker brand fishes price...husband berkenan rocker brand maclaren..harga dua-dua RM399.kelebihan dia kalau diikutkan sama banyak..

meh tengok..

 rocker maclaren
rocker nie boleh tampung berat baby sampai 10kg macam tue dan ikut saiz baby juga..
kalau 9kg tapi keding..kecik molek boleh ja duduk..
dia boleh bawa p travel mana-mana..kot nak lepak mana-mana kan..
boleh ja bawa..
saiz dia nak kata besar gedabak sangat x..
kalau kita buat dia jadi pack nampak macam saiz car seat ja..
dia boleh vibrate tapi xada music..
dia ada tempat gantung mainan juga..
xpayah lapik apa-apa bila letak baby sebab dah ada tempat tebal untuk buat baby selesa..
harga RM399 macam tue..

tapi macam gambar dekat bawah nie limited punya design..
kalau yang ada dekat malaysia nie biasa ja..
xada belang-belang cun tue..



rocker fishes price.
boleh guna sampai 18kg lebih kot dan dia boleh jadi kerusi juga...
anak 4tahun pun boleh duduk.
sebab dia newborn to toddler..
harga sama macam maclaren..
RM399
cuma dia tak boleh la nak angkut bawa p travel
kalau nak angkut kena buh kotak kot..
rocker nie pun ada vibrate..
cuma kalau nak letak baby kita kena lapik dengan kain tebal dulu sebab dia xada tempat khas pun untuk bagi baby selesa..

warna memang gila-gila punya striking..
elok untuk baby la kan..


so mana satu pilihan aku dengan husband???
lepas bincang gila-gila..
sampai ke kedai baby tue ..
tengok dua-dua..
last kami sebulat suara ambil yang ...............



NIE!!
ambik warna merah sebab menarik.
^____^
harga lepas diskaun
RM319.00
mainan dia semua washable
termasuk la tempat tidur dia semua..







so sangat puas hati!!
tapi rocker nie xada warranty..
semua rocker dekat kedai bb store world tue xada warranty..
cuma kalau ada kerosakkan dalam masa 7hari boleh p tukar..


habis cerita pasal rocker...

masa aku p beli rocker nie..
sesaja cari breastpump medela...
nak yang manual RM99 tue..
tapi stock habis..

maybe nanti pergi beli dekat mothercare kot..
aku cuma rembat pad bra yang pakai buang tue 72pcs dengan harga RM31.00 after less.
dengan palstik nak simpan susu dalam freeze 25pcs RM12.00

itu sahaja story aku untuk harini.

^___^



Comments

sha said…
ritu sis ade nengok sale kedai manjaku breast pump yg jenama tommee tippiee(bateri/electrical)RM199...tgh sale kt kedai baby manja...
~ NANA ~ said…
nana pun suka kaler merah kalo utk baby! hehe...yg maclaren tu lawaaa la
aritu ade anak buah pakai yg rocker fisher price.. comel gak.tp yg merah ni smart.. and nmpk lagi thn compare tu fisher price nye brand.. :)
Anonymous said…
Salam... Kt mne nk beli rocker maclaren ni? Xpena nmpk pun?

Popular posts from this blog

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Tinggal Lagi Sehari.

Sat ja kita dah sampai ke penghujung 2015. Bagi aku tahun 2015 ni antara tahun paling mencabar dan agak susah nak lalui. Memang agak struggle la tahun ni.phewwww.. Antara yang aku ingat apa jadi utk tahun ni.. Jan 2015 - Aku kena pindah rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab rumah aku sewa tu tuan rumah jual senyap-senyap. - Aku jual bisnes yang aku usahakan dari tahun 2011 ke orang lain. - Aku jual kereta. Feb 2015 - Jobless. Bergantung sepenuhnya dekat Eli. -Mula niaga barang dari China,tapi xlaku. Aku stop. -Mula jadi dropship Intan,tapi sekerat jalan. - Kereta xada. Kemana-mana naik moto kawan Eli(Ketai). March 2015 - Masih jobless. - Aktif bercucuk tanam depan rumah. -Masih tiada kereta. April 2015 - Berniaga teh detox dari UK. - Masih tiada kereta. Mei 2015 - Keluar ura-ura yang MAS nak buang pekerja. Time ni aku n Eli yakin gila babi yang Eli xakan kena buang keja. - Aku maintain jual detox tea. -Masih tiada kereta. Jun 2015 - Aku maintain jual detox tea. - Hujung bulan Jun...

Confirm -- MAS Dah Terminate Eli.

Hye Akhirnya,surat dari MAS yang kami suami isteri tunggu-tunggu,sampai kemarin. Berdebar time buka surat dan baca. Bila baca...memang eli dibuang. Tak tau nak rasa apa hahahaha.. Sedih pun ada..sebab Eli keja kuat..dia suka keja dia.. Eli boleh keja sampai 31.ogos 2015 nanti. Lepas tu kena keja lain pula. Duit pampasan dapat dalam 23k ja..akan dapat pada 1.9.2015. Maybe kami ni masih bernasib baik,sebab komitmen bulan2 rendah..cuma bayar bil letrik,duit rumah sewa,bil astro yang aku baru pasang 2minggu lepas n bayar loan Eli masa muda,itu ja komitmen. Kereta still kami masih belum ada..ke mana-mana memang naik moto ja. Lega la sikit kan sebab lepas ni tak tau Eli still boleh buat ot atau dh xboleh..kalau xboleh mmg makan basic dgn elaun sikit ja.. Gaji dekat MAS ni rendah ja.. Makanya aku dengan Eli bincang,aku kena balik kampung..duduk dekat kg dulu..Eli akan cari rumah sewa bujang..so jimat la kan. Jimat Rm380 tak payah bayar rumah sewa. Duit dapur pun jimat.. Lepas t...