Skip to main content

Passport dah siap.

Yiiiihhhhhaaaaaaaa...sudah siap passport aku.


Aku buat pasport dekat sg.pelek.1st time aku tengok tempat buat passport bangunan cikai ja.TAPI! Bangunan cikai pun servis sangat bagus!!


Cepat.mudah.dan pekerja dia xkerek.dah la aku p sehelai sepinggang..hahaha..

Sampai sana dalam pukul 3.22ptg,p snap gambar aku dengan adelia dulu.kedai gambar sederet ja dengan e-meg-re-syen..fotostat ic dengan surat beranak nur adelia sekali.


Isi borang.kak yanti cakap zaman sekarang dah xyah isi borang..aku rasa maybe sg pelek ni ketinggalan lagi kot...tu yang kena isi borang.aku isi untuk adelia sekali.adelia bawah aku.


Dah settle submit form,dia panggil utk cap jari..lawak gila kot masa nak ambik cap jari adelia..dengan muka ketat..genggam tangan xmau-mau hahahaha..tapi dapat la ce-to-et cap jari dia.


Tunggu dalam 10min,nama kena panggil untuk confirm kot...pastu kena duduk balik...tunggu lagi dalam 10min juga...nama di panggil lagi sekali.buat payment!settle.


Aku kena datang semula esok tu.sebab esok baru siap.

Aku buat RM100 ja untuk 2tahun,rasa rugi gak kan..better buat yang 5tahun husband kata.

Dekat adelia aku buat 5tahun sebab separuh harga..RM150 ja..

Husband punya passport dia dah ada.sebab dia kan dah p merata alam.jimat dah duit.


Makanya,Settle sudah passport kami. Weeeeee....


Apa yang perlu di bawa masa nak buat passport???

1.snap gambar saiz passport diri sendiri,anak,suami sebanyak 2keping.

2.untuk kita orang dewasa ,copy ic 2keping.sekarang dah xpayah bawa surat beranak ka apa..

3.kalau anak infant or toddler juga copy surat beranak dua keping.


Settle!ada ja dokumen dekat atas ni.dah boleh buat passport.


Bye.

Comments

Mimy Hamid said…
buku merah sudah ada...weee fly fly..camana adelia tangkap gambar eh..steady je muka..bergerak tak
safiyyah osman said…
Kak mimy dia xbgerak lgsg..haahaha..dia mcm jakun tgk flash camera dgn camera dslr tu...pandang ja camera dok tegak heheheh
Siti Shuhadah said…
waaaa..nak gi mana ni wat passport.. nak jalan jauh la tu..bestnyeeee...hahaha..adelia muka ketat sgt... tp comel..

puan.mila said…
comel je adelia..gmbar cam org dewasa statik je..gud girl!
luvira said…
Masa nak buat passport utk alysa,fuhh,punye la ssh nak amik gamba sebab masa tu dia baru sebulan lebih...so kepala pon lembik2 lagi...

Ehh,tapi xde la plak kene cap cari seme tu...
deno said…
wah adelia kacik2 dah ada pasport tuuuu... cayalah... deno ni baru buat pasport tahun lepas... buat 2 tahun je.. emmm... tak la lama sgt tunggu dalam 2 jam... huhu )

wahh... nanti adelia bleh makan angin dengan mama dan papa tanpa was was! :)

Popular posts from this blog

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Tinggal Lagi Sehari.

Sat ja kita dah sampai ke penghujung 2015. Bagi aku tahun 2015 ni antara tahun paling mencabar dan agak susah nak lalui. Memang agak struggle la tahun ni.phewwww.. Antara yang aku ingat apa jadi utk tahun ni.. Jan 2015 - Aku kena pindah rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab rumah aku sewa tu tuan rumah jual senyap-senyap. - Aku jual bisnes yang aku usahakan dari tahun 2011 ke orang lain. - Aku jual kereta. Feb 2015 - Jobless. Bergantung sepenuhnya dekat Eli. -Mula niaga barang dari China,tapi xlaku. Aku stop. -Mula jadi dropship Intan,tapi sekerat jalan. - Kereta xada. Kemana-mana naik moto kawan Eli(Ketai). March 2015 - Masih jobless. - Aktif bercucuk tanam depan rumah. -Masih tiada kereta. April 2015 - Berniaga teh detox dari UK. - Masih tiada kereta. Mei 2015 - Keluar ura-ura yang MAS nak buang pekerja. Time ni aku n Eli yakin gila babi yang Eli xakan kena buang keja. - Aku maintain jual detox tea. -Masih tiada kereta. Jun 2015 - Aku maintain jual detox tea. - Hujung bulan Jun...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...