Assalamualaikum
Tak tau macamana nak cerita..rasa macam mati hidup semula. Aku, Eli & Adelia accident. Aku baru ja ambik lesen dekat pakcik Mokhtar. Tengok malam tu juga accident.Hari Ahad haritu,aku gerak dari kampung sebab Isnin eli dah keja. Kami gerak dari rumah ayah, lepas p kenduri di Tikam Batu.
Dalam pukul1 pagi,kami dah sampai dekat highway KLIA, bayar tol dan eli minta aku bawa kereta. Dia dah mengantuk gila.
Aku pun drive n eli dok belakang jaga adelia. Adelia time tu tengah tidoq..tidoq dekat belakang tanpa car seat. Kami tak beli car seat lagi untuk Adelia.
Aku pun bawa kereta sambil sembang dengan eli,sambil gelak-gelak.
"b,u jgn tidoq..i xtau jalan.."
"b,macam lelong ja i bawa..hahaahha"
saja aku dok melawak dengan dia..dia pun dok gelak2 bila aku kata aku bawak lelong..padahal xlelong pun..perasaan ja haha..
pastu eli cakap "jap g u bagi signal kiri..masuk kiri"
dok sat dalam 2-3min gitu,aku bagi signal kiri n tengok dekat cermin sisi..aku cakap dekat eli "eh ada keta..i tggu dia lepas dulu la.."
aku memang nampak kereta tu punya lampu dekat cermin.aku time tu bawa 80km/j..memang niat nk tunggu dia lepas..sekilas mata aku dari cermin pandang depan..
DUMMMMMM!!!!!!!
kereta terus pusing kanan.aku rasa kereta berpusing 3kali..once kereta stop..aku panggil eli.. "b..."
Aku panggil lagi "b..i salah ka.."
tup! terus terdengar adelia menangis..eli terus ambik adelia..eli cakap "x u xsalah...org tu y rempuh kita...u xsalah.."
aku time tu blur-blur..eli still pegang adelia..sambil terajang pintu belah dia..aku terus minta adelia..sebab adelia dberhenti menangis.
pastu eli minta aku try buka pintu..pintu belah aku boleh buka..eli suruh aku keluar.
masa keluar,aku nampak tayar kereta.time tu kaki ketaq xoleh jalan..kbetulan ada 2kereta cina berhenti untuk tengok apa jadi..
time tu aku pun check adelia..syukur sangat adelia xapa-apa.cuma calar dekat dahi,lebam dekat mata dengan kawasan kepala sikit.
eli,keluar kereta terus p dekat orang yang rempuh kami.tau apa orang tu cakap??.."sorry dik,abg terlelap.."
aku jalan ketepi..time ni adelia dok qalit tengok orang..dok sat tu dia tidor.dia menangis time dalam kereta ja..time dah ada dekat luar,dia cool xmenangis apa dah.
masa kereta berpusing,dia dari posisi tidor,jadi ke posisi duduk n melekap dekat pintu kereta.
aku macam xpercaya.syukur alhamdulillah allah still pinjamkan eli n adelia pada aku.
orang yang langgar aku ni melayu.dia pun datang ke aku minta maaf..
"dik,saya minta maaf..saya terlelap..minta wife ganti bwa dia xnak sebab dah dekat katanya..saya minta maaf.."
apa yang aku nk cakap?nak respon???..
aku cuma cakap "xpa la bang nak buat macamana..benda dah jadi..."
maybe kalau benda sebaliknya yang jadi..aku rasa aku dah terajang dia..
time tu aku rasa blur..tapi pada masa yang sama aku rasa lega..eli still ada depan mata..sat2 dia mai peluk aku dengan adelia..so aku tau aku still ada orang yang aku sayang.
brader yang langgaq kami ni pun anggota keluarga dia selamat.lepa dari cameron..kalau ikutkan rumah lepa satu jalan ja dengan rumah kami.
aku sampai harini rasa tergiang-giang benda tu.still boleh rsa macamana kereta terbalik dan berpusing.
syukur kami xbuka tingkap..kalau tak adelia dah tercampak.dan lepas jadi macamani rasa menyesal xbeli car seat.
ini la pengalaman paling berharga.tau nak cakap apa aku rasa sekarang selain bersyukur.
lepas accident,gay,ketai,puchit dengan qayyum datang.aku,adelia naik kereta qayyum,kami terus ke hospital putrajaya.aku p xtay adelia..
syukur la keadaan kepala dia dengan badan xada apa yang cedera.
tq ketai,qayyum,gay n puchit sebab tolong kami.
dok esok tu pikah(kakak),mat( abg ipar) mai hantar kereta lepa..now kami pinjam kereta lepa untuk sementara.
tq wei susah payah dari kedah terun terengganu lepas tu mai sepang sebab nak hantar kereta.terima kasih banyak-banyak.xdapat nak balas jasa ampa.
so peringatan pada diri sendiri.kalau mengantuk,berhenti la tidoq..xkisah la dah nak sampai rumah sekali pun..
bayangkan kalau ada terjadi kematian sebab kelalaian kita?..aku syukur sangat eli n adelia selamat..aku xsanggup nak hilang eli..hilang adelia..lepa kekuatan aku.
pentngnya car seat.lepas ni aku nak beli car seat untuk adelia.xmau la apa-apa jadi ke dia.
aku sekarang memang trauma.sepanjang masa teringat pasal accident tu.tapi kerja still aku buat.
pada customer,jangan risau ye..saya akan send out parcel harini.
kereta aku kenari hitam.
kereta yang hentam kami kereta alza putih.
Comments
sedih lak baca bab pinjamkan anak dari Allah tu...yelah, sapa lagi kekuatan kita kalau bukan anak dan suami kan...
syukur korang takde apa apa even tengok condition kereta tu...masyaAllah..ngeri...
take care ya.. :)