Skip to main content

Mee udang versi Sg.Dua.

assalamualaikum..

Resepi ni aku google. Saja nak cuba resepi baru. Tapi ioll macam biasa mesti derhaka resepi hahaha..


Bahan-bahan versi derhaka.

1. Cabai blend. (Udang kering,cili kering,halia,serai,bawang putih,bawang merah.)

2.carrot blend.(rebus carrot sampai lembut&blend halus).

Dekat rumah ada carrot ja..so aku guna carrot semata2..kalau dkt rumah ada ubi kentang..boleh campur sekali.

3. Air rebusan udang.(kepala udang,janggut udang,ekor udang rebus sampai masak,blend..tapis ambil air dia sahaja.)

4. Kiub ayam.

5. Telur ayam(aku guna 1bji only)

6. Udang & pes tomyam.(nak guna kiub pun boleh,dekat rumah ada pes ja..so aku guna pes tomyam)

Cara2 nak buat kuah versi sg dua :-

1.tumis cabai blend tu sampai pecah minyak.

2.Masuk carrot blend dan juga air udang. Biar sampai mendidih.(api slow)

3. Masukkan kiub ayam dan pes tomyam. Kacau sampai mendidih.(api slow)

4. Masukkan telur biar dalam 2-3min pastu terus kacau laju2..

5. Last,masuk udang..perasakan dengan garam gula.

Siap.

Senang ja kan?..buat pedas2..bestttttt...

Kalau ada daging xda udang..ganti dengan daging..sedap juga...


Time ni lupa nak rebus telur..dah makan baru teringat...aku biasa kalau masak mcmni..kena complete..kalau x..rasa mcm ada xkena..gittewww..



Ha ini cukup korum..ada telur rebus semua..
Gitu la rupa kuahnyaaa..ada rasa macam mee bandung sikit..

Eli pun puji sedap..kira AAAA ler..hheehe..


Tu ja y nak share..

Bye.
Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Tinggal Lagi Sehari.

Sat ja kita dah sampai ke penghujung 2015. Bagi aku tahun 2015 ni antara tahun paling mencabar dan agak susah nak lalui. Memang agak struggle la tahun ni.phewwww.. Antara yang aku ingat apa jadi utk tahun ni.. Jan 2015 - Aku kena pindah rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab rumah aku sewa tu tuan rumah jual senyap-senyap. - Aku jual bisnes yang aku usahakan dari tahun 2011 ke orang lain. - Aku jual kereta. Feb 2015 - Jobless. Bergantung sepenuhnya dekat Eli. -Mula niaga barang dari China,tapi xlaku. Aku stop. -Mula jadi dropship Intan,tapi sekerat jalan. - Kereta xada. Kemana-mana naik moto kawan Eli(Ketai). March 2015 - Masih jobless. - Aktif bercucuk tanam depan rumah. -Masih tiada kereta. April 2015 - Berniaga teh detox dari UK. - Masih tiada kereta. Mei 2015 - Keluar ura-ura yang MAS nak buang pekerja. Time ni aku n Eli yakin gila babi yang Eli xakan kena buang keja. - Aku maintain jual detox tea. -Masih tiada kereta. Jun 2015 - Aku maintain jual detox tea. - Hujung bulan Jun...

Confirm -- MAS Dah Terminate Eli.

Hye Akhirnya,surat dari MAS yang kami suami isteri tunggu-tunggu,sampai kemarin. Berdebar time buka surat dan baca. Bila baca...memang eli dibuang. Tak tau nak rasa apa hahahaha.. Sedih pun ada..sebab Eli keja kuat..dia suka keja dia.. Eli boleh keja sampai 31.ogos 2015 nanti. Lepas tu kena keja lain pula. Duit pampasan dapat dalam 23k ja..akan dapat pada 1.9.2015. Maybe kami ni masih bernasib baik,sebab komitmen bulan2 rendah..cuma bayar bil letrik,duit rumah sewa,bil astro yang aku baru pasang 2minggu lepas n bayar loan Eli masa muda,itu ja komitmen. Kereta still kami masih belum ada..ke mana-mana memang naik moto ja. Lega la sikit kan sebab lepas ni tak tau Eli still boleh buat ot atau dh xboleh..kalau xboleh mmg makan basic dgn elaun sikit ja.. Gaji dekat MAS ni rendah ja.. Makanya aku dengan Eli bincang,aku kena balik kampung..duduk dekat kg dulu..Eli akan cari rumah sewa bujang..so jimat la kan. Jimat Rm380 tak payah bayar rumah sewa. Duit dapur pun jimat.. Lepas t...