Skip to main content

Skincare Vit E ,The Body Shop.

assalamualaikum..


Aku now tengah on guna product body shop. Masuk harini dah 3hari.


Dah lama aku biar bogel ja muka aku tanpa pakai apa-apa. Last aku pakai product SKII. Tapi xsesuai..sebab muka aku jadi naik ruam kecik-kecik.. makanya,aku bagi ja dekat member aku..dia cakap,dia pakai kulit jadi elok. Mungkin xsesuai kan dekat muka aku.


Memang dekat 6bulan 7bulan la muka aku bogel..akhir-akhir ni aku rasa macam kering sangat plak muka..


Makanya, try la beli product Body shop. Aku beli on9 ja. Sebelum beli aku tanya member yang keja body shop dulu..apa yang sesuai untuk kulit aku.

Mula aku nak buat pala beli set vit C. Tapi member aku cakap, untuk kulit kering elok pakai vit E punya set.

Dia advise aku beli mcmni : pencuci vit E,toner vit E,mois vit E,capsul vit C(pakai utk malam).Pastu dia suruh tambah drop for youth.


Akhirnya, aku beli set macamni.

Pencuci,toner & drop for youth.
Total : RM188 inc postage.

Drop for youth tu yang mahal, lepas dis dapat RM109 untuk 30ml.


Aku xambil krim pun,sebab aku malas pakai. Capsul pun lex2 lu..ada duit lebih baru ambil.


Drop for youth tu pakai selepas pakai toner.


Selama 3hari ni, rasa ok la muka.
Sebelum ni aku cuci guna sabun mandi ja hahaha


Nanti dah lama pakai,baru nak review. 
Harap2 sesuai la dengan muka aku.


Pasal beli on9 tu, uoll boleh email tanya consultant body shop dulu utk tau apa yang sesuai untuk muka uoll if xda kawan yang keja body shop.


Servis pos depa memang terbaik,aku order jumaat jam 2 gitu..dok ingat isnin la sampai..tup2 sabtu dah sampai.


Drop for youth tu kalau baca review,boleh meleleh ayaq hidung..hahaha..
Boleh pakai seawal 25tahun..untuk elak kulit berkedut..gittewww.


Bye.

Comments

Huda Luna said…
ahahah nak beli gak la drop for youth tuuu. nnt nk p bodyshopp
safiyyah osman said…
Beli huda..sumpah sedap pakai..hehehe
Nurul Aziz said…
sk11 tu rasanya memang ramai pakai memula akan jadi cam bintik-bintik, kena bertabah sikit.. sebab kulit tengah detox.. huhuhu.. pas dah lama sikit, baru okay.. tapi tulah nak menten pakai mahal lah pulak.. T_T
fifi said…
Hah...dia dah start menggoda dah..cepat sket buat review piya...hahahaha..akak nak tgk.akak x beli lagi ni..

Popular posts from this blog

aku accident,kereta dirempuh dari belakang.

Assalamualaikum Tak tau macamana nak cerita..rasa macam mati hidup semula. Aku, Eli & Adelia accident. Aku baru ja ambik lesen dekat pakcik Mokhtar. Tengok malam tu juga accident. Hari Ahad haritu,aku gerak dari kampung sebab Isnin eli dah keja. Kami gerak dari rumah ayah, lepas p kenduri di Tikam Batu. Dalam pukul1 pagi,kami dah sampai dekat highway KLIA, bayar tol dan eli minta aku bawa kereta. Dia dah mengantuk gila. Aku pun drive n eli dok belakang jaga adelia. Adelia time tu tengah tidoq..tidoq dekat belakang tanpa car seat. Kami tak beli car seat lagi untuk Adelia. Aku pun bawa kereta sambil sembang dengan eli,sambil gelak-gelak. "b,u jgn tidoq..i xtau jalan.." "b,macam lelong ja i bawa..hahaahha" saja aku dok melawak dengan dia..dia pun dok gelak2 bila aku kata aku bawak lelong..padahal xlelong pun..perasaan ja haha.. pastu eli cakap "jap g u bagi signal kiri..masuk kiri" dok sat dalam 2-3min gitu,aku bagi signal kiri n tengok dekat cer...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...

Panduan bercinta dengan suami orang.

Ini la yang dikatakan zaman Urban.cityyyyyy sangat hahahahaha.. Aku xtau la makluk mana yang boleh dok buat pasal panduan2 bercinta dgn suami orang.. Bodo ka apa...aku bukan nak tolak hukum allah pasal poligami...tapi kebanyakkan laki zaman sekarang ni xmampu nak ada bini lebih dari 1..kalau mampu..aku rasa belambak la pompuan xyah kerja..just dok umah jaga anak ja..jadi surirumah sepenuh masa. Ini..gaji bini pun nak kena support gaji laki sebab xcukup..so aku xtau la celah mana laki stock2 bini kena tolong dia sara family ni boleh mampu kawen lebih dari satu. Xyah la kebulur dengan laki orang sangat..kalau kebulur dengan laki orang yang mampu nk berbini lebih xpa la..ni cari laki yang bila hg kawen buat hg suffer ja jadi bini no.2 wahahahaha..bodoh! Aku tau,pompuan yang jeneh bercinta dengan laki orang ni mesti akan marah kita isteri2 pertama yang dok halang laki kita dari kawen lebih dari 1..yala cinta itu kan buta...buta sgt tu yang sampai boleh kebulur dengan laki orang.. Aku...