Skip to main content

Muhammad Adam Rayyan ----Semoga terus kuat melawan cancer.

assalamualaikum..


muhammad adam rayyan..
kesukaan dan kesayangan semua orang..
Cucu dan anak sedara yang sulung dalam family kami..


Nama dia pun aku yang bagi..
sebab nama ni maksudnya baik.


Dia aktif,jarang sakit..
cakap banyak..pandai ambil hati...
dan sukaaaaa dengan motor..
Suka buli adelia juga..
hahaha.


Awal tahun ni,kakak aku dah mula hantar dia ke sekolah.,
umur dia baru 3tahun++ time tu..

start masuk sekolah,dia dah mula demam xkebah..
on off demam..

sampai la satu ketika,dia xboleh berjalan..
time tu on off demam dia dah hampir 2-3bulan berlarutan.
mak dia plak tengah sarah pregnant anak ke2.

bawa ke klinik,doktor cakap kurang zat.
last,masuk hospital.

Doktor still cakap demam biasa.
tapi depa xbagi balik sebab nak pantau adam..
demam adam xnak kebah-kebah.

doktor ambil darah segala..
still tak tau apa yang tak kena sampai demam dia xkebah..
sepanjang duduk hosptal,on antibiotik.

time ni,kami 1family terkejut dan pelik.
dia duduk ward hampir 1bulan sampai la kakak aku selamat bersalin.
dan bawa balik ke sungai petani,stay dengan mak aku.


makan kek tok masak. time ni memang selera dia dah ok.
time ni ingat dia dah sembuh,sebab hospital bagi balik..
tapi kalau kita tengok dari gambar pun memang boleh nampak adam sangat-sangat kurus..
pucat.. berat dia time ni 12kg ja..


sampai la 1hari,papa dia balik dan bagitau,doktor suruh refer hospital sungai petani,sebab kemungkinan besar adam KENCING TIKUS.

doktor kata mungkin kena di sekolah,
mungkin dia main pasir dekat sekolah..
sebab tu demam dia xkebah..


masuk hospital besar sungai petani,on antibiotik semula..
sepanjang masa update dengan kakak aku keadaan adam..

allahuakbar..
tak tergambar dengan kata-kata.

kesiankan adam..
kesiankan kakak aku yang tengah dalam pantang..
kesiankan abg ipar aku yang terpaksa terkejar-kejar jaga anak dan isteri..

sedih.



adam budak kuat,still tersenyum..
tak meragam pun..




Darah adam jadi rendah,dan sentiasa kena topup darah.
time ni kami 1family still ingat adam kencing tikus.
doktor buat macam-macam ujian.
ambil darah berkali-kali..

sampai la doktor cakap, depa nak operate adam untuk ambil kelenjar dekat tengkuk dia..
untuk uji kelenjar tu..samada cancer atau apa..
sebab time tu virus-virus kencing tikus ni dah clean dari badan adam.
tapi demam dia still dok on off..


Aunty piya sayang adam.
semua orang sayang adam.




Time ni memang adam xada upaya pun nak berjalan..
kemana-mana kena dukung atau tolak atas kerusi roda ni..


kakak aku terpaksa ambil cuti tanpa gaji,papa adam pun terpaksa ambik cuti dan MC.
mak dekat kampung terpaksa kadang ambil cuti untuk takeover jaga adik adam.


start dari doktor operate kelenjar adam, doktor confirm adam cancer tulang stage 4.
tulang-tulang kaki adam,tulang belakang adam dah habis kena makan dengan sel-sel jahat cancer tu..
sebab tu adam xboleh nak berjalan.asyik nak baring ja...



time ni berat adam makin turun,mungkin sebab dia stress duduk hospital lama..
dia xlalu makan apa-apa.

serius memangis aku  tengok gambar ni..betapa berlainannya fizikal adam yang aku kenal dulu..
sedih sangat-sangat.

aku balik kg 1minggu,tapi sepanjang tu aku xada kekuatan nak lawat dia dekat hospital.
aku xkuat.
aku takut,


~~~~~~~~~~~~~



Dekat nak raya kami 1family dapat tau adam kena buat kimo sebab memang dah 100% confirm memang adam cancer tulang..dan cancer adam meang confirm dah stage 4. Kimo kena buat dengan kadar segera dan dos yang tinggi kata doktor.




umur baru 3tahun...dah kena alami benda ni sorang-sorang.

adam dipindahkan ke hosptal besar penang.
abg ipar aku dah start keja,terpaksa kakak aku tinggal adik adam untuk mak jaga.

dan,
pertama kali ayah call aku,dan ayah menangis.
pertama kali dalam hidup aku dengar ayah menangis teresak-teresak.


betul orang kata, kita akan jadi kuat bilamana hanya itu yang kita kena pilih.


~~~~~~~~~~~~~~~~~

masa hari raya haritu.
adam hanya boleh berdiri macamni ja..
itu pun sekejap-sekejap.
nak berjalan,kita kena pimpin dia..

start confirm yang dia cancer,hari-hari kena ulang alik ke hospital untuk ambil darah dan cucuk untuk cairkan darah.

HARI-HARI.

kalau harini pergi hosptal,platlet rendah,kena tahan ward.
macam tula hidup adam sekarang.


time ni adam dah start kimo.
lepas 2kali cycle kimo,doktor terus bagi cadangan untuk buat kimo pod.
kena operate dada untuk letak kimo pod.


dia suka senyum.
adam hebat.


bila dekat rumah.
sekarang adam dah nak masuk kimo cycle ke 5,bila dah buat kimo,nampak perubahan besar.
adam dah boleh berjalan,makan pun dah lalu..
berat dah makin naik.
alhamdulillah.

kami 1family pun makin kuat dengan dugaan ni..
makin boleh menerima takdir untuk kami 1family.




Baru-baru ni birthday adam,kemain suka dia..
benda putih dekat badan dia tu,itulah kimo pod.

kening rambut memang dah xada langsung.
kulit badan dan muka pun dah lari jauh dari dulu.




menangis sebab mama lambat sampai hospital.


cukup dah umur adam 4tahun bulan oktober ni.
allah dah takdirkan adam jadi anak syurga dan anak yang kuat semangat.


sentiasa tersenyum,sentiasa mudahkan kerja mama dan papa..
adam anak yang hebat..
anak sedara yang hebat..


~~~~~~~~~~~~~~~

gambar latest adam rayyan.
diambil 2 3hari lepas.


kami 1family,xnak minta duit sumbangan atau apa-apa,
cuma kami minta doa-doa yang ikhlas untuk adam.

doakan muhamad adam rayyan bin mohd nasir cepat sembuh dan terus kuat melawan cancer.




semoga mama dan papa adam juga terus kuat dan tabah.
semoga ada rahmat yang besar untuk kakak aku sekeluarga.



amin.








Popular posts from this blog

aku accident,kereta dirempuh dari belakang.

Assalamualaikum Tak tau macamana nak cerita..rasa macam mati hidup semula. Aku, Eli & Adelia accident. Aku baru ja ambik lesen dekat pakcik Mokhtar. Tengok malam tu juga accident. Hari Ahad haritu,aku gerak dari kampung sebab Isnin eli dah keja. Kami gerak dari rumah ayah, lepas p kenduri di Tikam Batu. Dalam pukul1 pagi,kami dah sampai dekat highway KLIA, bayar tol dan eli minta aku bawa kereta. Dia dah mengantuk gila. Aku pun drive n eli dok belakang jaga adelia. Adelia time tu tengah tidoq..tidoq dekat belakang tanpa car seat. Kami tak beli car seat lagi untuk Adelia. Aku pun bawa kereta sambil sembang dengan eli,sambil gelak-gelak. "b,u jgn tidoq..i xtau jalan.." "b,macam lelong ja i bawa..hahaahha" saja aku dok melawak dengan dia..dia pun dok gelak2 bila aku kata aku bawak lelong..padahal xlelong pun..perasaan ja haha.. pastu eli cakap "jap g u bagi signal kiri..masuk kiri" dok sat dalam 2-3min gitu,aku bagi signal kiri n tengok dekat cer...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...

Panduan bercinta dengan suami orang.

Ini la yang dikatakan zaman Urban.cityyyyyy sangat hahahahaha.. Aku xtau la makluk mana yang boleh dok buat pasal panduan2 bercinta dgn suami orang.. Bodo ka apa...aku bukan nak tolak hukum allah pasal poligami...tapi kebanyakkan laki zaman sekarang ni xmampu nak ada bini lebih dari 1..kalau mampu..aku rasa belambak la pompuan xyah kerja..just dok umah jaga anak ja..jadi surirumah sepenuh masa. Ini..gaji bini pun nak kena support gaji laki sebab xcukup..so aku xtau la celah mana laki stock2 bini kena tolong dia sara family ni boleh mampu kawen lebih dari satu. Xyah la kebulur dengan laki orang sangat..kalau kebulur dengan laki orang yang mampu nk berbini lebih xpa la..ni cari laki yang bila hg kawen buat hg suffer ja jadi bini no.2 wahahahaha..bodoh! Aku tau,pompuan yang jeneh bercinta dengan laki orang ni mesti akan marah kita isteri2 pertama yang dok halang laki kita dari kawen lebih dari 1..yala cinta itu kan buta...buta sgt tu yang sampai boleh kebulur dengan laki orang.. Aku...