Hye, Aku memang plan nak start homeschool Adelia start tahun 2015 dan kurangkan dia layan ipad. Nak layan kartun cuma dekat tv ja..itu pun kalau mak dia xlayan movie..hihihi Tapi xada la nak homeschool teruk2 n heavy.. Nak light2 n nak dia enjoy ja.. Harini kelas start 15min ja. Tengok dia pun macam syok ja heheehe.. Aku rasa aktiviti art ni memang best.. Ada 2 aktiviti harini. 1. Aktiviti pegang ikan. 2. Mewarna Aktiviti no 1 tu saja suka-suka. Dia pun excited nak tolong aku tukar air ikan,maka aku suruh dia pegang ikan tu jap.. kemain seronok!Adelia bangun tidur dalam pukul 11 gitu, So makan dulu,mandi dulu baru start aktiviti ke2. Aktiviti kedua ni adalah aktiviti 1st dia selama dia hidup gittewwww.. Pegang berus dengan colour. memula lukis tanpa alas,jadi licin plak ..kertas tu asyik terbang.. Bear dekat sisi dia tu,dia yang susun untuk teman dia mewarna sekali.. kemain..bab semak barang mainan no.1/ Palette watercolour tu aku beli dekat area Banting, murah gila.. 60sen sahaja...