Skip to main content

Selamanya Begini.

Hye


Last week aku balik kampung sebab kenduri salah sorang sahabat. Dekat 2minggu juga aku balik sebab kenduri BIL sekali.


Time ni jumpa customer Bandorukira COD boot drmat. Pastu terus gerak ke airport.


OOTD aku semua dari bundle.

Sneakers Nike Jordan : Rm50 (bundle area Banting)
Seluar : Rm5 (bundle Banting)
Baju : Rm5 (bundle Banting)
Cardigan : Rm10 (bundle kota warisan)

Kalau ada yang suka baju bundle,kasut bundle boleh tengok dekat instagram Bandorukira. Semua baju,bf shirt,kasut,parka condition 9/10. Harga murah plak tu.


Sehari sebelum kenduri bff aku y hitam3 putik manggis tu,kami open table dulu.





Antara menu yang kami makan malam tu. Tak best xhavoc sangat sebab yang boleh join 6orang ja.. Niny,Nazirah,Fatin,Chan dengan Ikwan tak dapat join. Kalau boleh time plan tu memang nak semua dapat join..

Tapi Niny kebetulan Fariz demam panas,Nazirah bus gerak lambat,Fatin xdapat balik SP... Kalau x lagi best la..

Kami lepak makan dekat Tanjung Dawai,tempat yang sama open table time aku nak kawen dulu. Makanan sedap dan murah.

 Settle makan. Alhamdulillah. Licin. Hahaha.. Bila orang open table,makanan sedap dari biasa. Gittewww..


 Kami naik 1kereta,dok bahan rezal sepanjang jalan bergegaq kereta sebab gelak.. Kawan dok ketaq nak nikah esok tu,gelak pun bunyi xbunyi ja..kakakakakaka..

Tau ketaq!hahahaa


Dengan Asma,Asma dengan aku xsama kelas,tapi baik gitu gitu la masa time sekolah,xrapat pun.. Tapi lepas sekolah jadi rapat plak dengan dia.. Apa2 plan memang kami dua akan join la.. Termasuk dengan niny n nazirah. Fatin jarang2 lepak sama..


Kami start rapat sekepala time 2011,awal tahun xsilap.. Kebetulan tahun tu aku tengah rancak nak kawen.. Sampai la ke sekarang.

Dalam group kami ni aku 1st kawen,pastu niny.. Pastu rezal.. Coming soon insyallah Nazirah,Chaq,Fatin plak..

Open table lagi la nampak nya hehehehehehhe..


Adelia pun aku angkut sekali. Selamat la petang tu dia tidoq lama,so steady la xbuat perangai. Dengan uncle semua mau.. Lega mak. Makan pun tenang ja..


~~~~~~~~~

Hari kenduri sebelah bini rezal.

Segak bini dia.. Ni la orang kata jodoh,dulu depa memang kapel,pastu break... Last2 kawen.. Xsangka betei...

Time nikah yang join pali,capit,chaq ja.. Perempuan2 esok time kenduri baru join.



Kami follow rezal buat outdoor sekali hahaha.. Saja syok2..sebab nanti kenduri belah lelaki semua x dapat berkumpul ramai-ramai mcmni..



Boria plak aku dengan chaq n capit shaini.. Hitam.

Makan sedap gila. Lauk memang marveles la.. Siap ada orang goreng mee dengan koteaw..pastu ada kuih kg..

Adelia pun sangat la behave. Uncle2 rajin dukung rajin layan. Lega gila aku..

Kalau x jenuh aku sorang kena dukung.. Selamat kawan2 mau gilir2 hahahaha..



Lega weiiii..hahhaa.. Tine dah petang ni dia pun merengek juga sikit..sebab mengantuk... Bila uncle2 dukung mak pun boleh la selfie hahaha






Berpuluh gambar dok selfie,group selfie..
Seronok gila..

Gelak sampai nak pecah perut-perut.
1st time aku p kenduri sampai ke petang.

Next............




Jubah ni aku beli last minit dekat Giant,guna harga Mira,dapat la Rm50. Kain biasa,xsedap sangat.. Tapi berbaloi la juga..

Cutting princess kot.. Sebab dia bawah tu mcm kembang.gittewww...



Dah settle, balik rumah masing2.. Tunggu open table seterusnya pulak. Hehehe



Selamat menjadi suami orang rezal. Semoga murah rezeki dan bahagia dengan farhana.amin.


Aku harap,kita sahabat selamanya.. Semoga panjang jodoh persahabatan kita. Amin.



For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Bakso Simple Tapi Sedap.

Hye Baru buat bakso harini..haritu kan cakap nak buat,tapi xbuat disebabkan xbeli buah keras tu.hahaha.. Aku style kalau nak masak kena cukup bahan..kalau x ..xpuas hati woooo... So ikut resepi yang kawan aku bagi,dia salin sambil bcakap dengan maid dia lombok tu..so xlengkap. aku xtau nak agak bawang..3x masak sup saja wei..sebab 2x tu aku xpuas hati dengan rasa dia.. Aku bab masak memang gigih hahahha.. Bahan untuk sup. Ni untuk 1st sup yang xjadi.. Pastu aku buat second sup aku kurangkan bahan sup dia tu.. Pun xpuas hati sebab bawang aku terlebih. Kali ketiga..jadi..so aku ikut resepi ketiga ni la.. Daging(potong kecik-kecik) Bawang putih 1ulas* Bawang merah 2ulas* Lengkuas(setengah inci)* 1 Kayu manis* 1 Buah keras* 1 Buah pelaga* 1 Bunga lawang* 2 cengkih* Sedikit biji ketumbar** Sedikit lada putih** Sedikit lada hitam** Daun sup Daun bawang 14biji Bebola daging(brand figo) Blend semua bahan yang bertanda * sampai halus...

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab...