Skip to main content

Hari Minggu Dan Wacoal SALE!

Hye


Hari Ahad pagi ,aku dengan Eli dah keluar. Tinggal Adelia dekat SIL.. Aku ikut Eli p RDKL ambil stock baju Insurgent pastu nak ke barber Sinky sekali. 


Sabtu tu memang kami tidur ramai-ramai dekat rumah SIL(kak jue).. Kebetulan sepupu-sepupu Adelia pun ramai.. Kira berkumpul adik beradik la..

Abg M dengan Kak Ema n anak-anak.
Kak Jue dengan Abg Shahrul n anak-anak.
Kak Awa dengan anak-anak.
Chik dengan Nadia.
Aku dengan Eli n Adelia.

Cukup korum.
Riuh rendah malam tu..sebab budak saja ada 11 orang.. Tengok tv sampai xdengar apa benda hahaha..
Tau2 menjerit ja ramai2 sebab kami tengok cerita hantu.. 

Malam sabtu tu pun tinggal Adelia jap sebab p terjah Aeon Bukit Tinggi..ada sale bahagian dotdotdot..


Kalau scarlett ada yang 50%..beratur wei orang masa aku p tu..fitting room Q..
Tapi aku harap maklum la nak pakai brand scarlett tu..aku try juga 2-3lai....
Saiz payah n xberapa sedap..
Lagi pun sebab dia murah kan..so kualiti xelok..untuk orang saiz cup A B C boleh la..

Susah la nak cari saiz yang memang selesa n harga murah,kalau nak selesa n murah memang aku kena beli yang harga Rm80 ke atas..

Dah la design banyak saiz makcik2..yang design comel2 semua cup A B C..xadil gila.

Brand Wacoal ni pun banyak buat design makcik2..n design pertengahan umur..dalam awal 30an..

Pandai cari memang jumpa design yang classic tapi cool kewanitaan gittewww..

Harga meleleh air hidung la utk rakyat marhaen mcm aku ni hahahha..

Dapat la harga bra murah gila babun..harga sale la tapi.. Brand Wacoal. Kebetulan dia buat sale. Banyak juga pilihan yang cantik

Rm160 sehelai tinggal Rm59..
Rm180 sehelai tinggal Rm60..
Rm90 sehelai tinggal Rm39..

Mula nak ambil yang xda sale,tapi rugi..boleh dapat selai ja..tu pun dah dekat Rm200 sehelai..tu pun eli dok zikir kata ambil la ambil la..kain dia sedap..xpa mahal pun..ewaaahhh mentang2 tengah masyuuukkk dalam iman.

Sedap memang sedap,harga pun sedap hahahha..

Aku ingat lagi dia pernah beli dekat aku bra harga Rm150 sehelai,1st time kot kena beli bra harga mahal,sampai sekarang dia ingat lagi promoter amoi yang juai bra tu ke aku hahahaha..

Oleh itu,

Baiklah aku beli yang sale,harga sama macam selai tapi sebab diskaun boleh dapat 4lai terus. Zaman kaya boleh la beli selai ja..xyah tengok harga lepas sale hewhewhewhew

Biasanya memang tahan la kalau harga beli cecah Rm80 dan ke atas...sakit time nk keluar duit jala..tapi puas hati.. Hg basuh guna mesin pun bra hg dok mcm tu ja.. Beza gila kot dgn bra scarlett tu..


Rasa-rasa nak p beli bra sila la p before GST n sebab ada sale. 


Pastu cau balik..

~~~~~~~~~~~~

Sekarang ni Adelia memang tak heran dah aku n apak dia tinggal dia..tapi still masa nak keluar tu sorok-sorok..

Dah sàmpai RDKL.
Snap gambar luuuuu..

Aku pakai baju longsleeve dari Super Sunday.
Best gak pakai..cotton..custom made baju dia ni..
Harga tak ingat sebab Eli yang beli
Ioll pinjam ja..

Slingbag coklat tu beli bundle..Rm5..tupun mula budak tu letak Rm10..dengan kuasa wanita,haruslah aku nego..

Made in Australia,kulit kanggaro
Best pakai sebab lembut.


Taaaadaaaaaaa! 
Baju bertukar hahahaha

P RDKL,Eli dok cari baju yang dia nak beli..aku suruh ambil longsleeve boleh aku tumpang..

Pilih punya pilih berkenan giiiillllaaaaaa dengan baju stoned ni.. Baju ni brand dari idotshirt.

Kain custom juga,sumpahhhhh sedap gila kain dia..sejukkkkkkk weiii..

Aku suka laaa..
Harga sehelai Rm100,tong-tong dengan Eli..
Serius kalau ada extra duit nanti,nak beli lagi baju longsleeve dari idotshirt ni..

Saiz aku pakai tu M,so labuh lepas bontot,tangan ada grib.

Serius puas hati ah kain dia..so far aku dok pakai baju-baju budak lokal ni,kain kebanyakkan cotton custom or gildan..

Xtau plak kain idotshirt ni lagi superb..
Baloi dengan harga..printed dia pun xkejung..lembut..

P beli oi..style kot.

~~~~~~~~

Eli berwajah baru.
Hahahha

Dia potong rambut dengan trim janggut dekat barber Sinky.

Selepas 1362615151578348476325 kali aku zikir sepanjang kami kawen suruh trim janggut..misai makesure selalu trim.

Akhirnya berbaloi. 

Aku xsuka sangat la muka nampak baik-baik sangat..kahkahkahkah..bila trim nampak wild sikit..Lulz

~~~~~~

B4 gerak balik singgah makan dulu..


Syok gak subway fahrenheit ni..
Xkedekut bahan langsung.
Friendly dan cepat faham bahasa hahaha..

Ambil set yang 1 Rm6.90 tu..tambah singgit dapat air.. 

Air straw 2,dulu time kapel share ja straw..dah kawen rasa macam lambat plak kalau share straw..dah la makan dedua style kalut..
Kami suka tercekik time makan pada masa yang sama. 
Susah gak kalau laki pun jeneh makan kalut macam bini
Hahaha


~~~~~~~~~

Balik ambil Adelia dan ZzzzZzzzzz.



Bye.










 For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Bakso Simple Tapi Sedap.

Hye Baru buat bakso harini..haritu kan cakap nak buat,tapi xbuat disebabkan xbeli buah keras tu.hahaha.. Aku style kalau nak masak kena cukup bahan..kalau x ..xpuas hati woooo... So ikut resepi yang kawan aku bagi,dia salin sambil bcakap dengan maid dia lombok tu..so xlengkap. aku xtau nak agak bawang..3x masak sup saja wei..sebab 2x tu aku xpuas hati dengan rasa dia.. Aku bab masak memang gigih hahahha.. Bahan untuk sup. Ni untuk 1st sup yang xjadi.. Pastu aku buat second sup aku kurangkan bahan sup dia tu.. Pun xpuas hati sebab bawang aku terlebih. Kali ketiga..jadi..so aku ikut resepi ketiga ni la.. Daging(potong kecik-kecik) Bawang putih 1ulas* Bawang merah 2ulas* Lengkuas(setengah inci)* 1 Kayu manis* 1 Buah keras* 1 Buah pelaga* 1 Bunga lawang* 2 cengkih* Sedikit biji ketumbar** Sedikit lada putih** Sedikit lada hitam** Daun sup Daun bawang 14biji Bebola daging(brand figo) Blend semua bahan yang bertanda * sampai halus...

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Tinggal Lagi Sehari.

Sat ja kita dah sampai ke penghujung 2015. Bagi aku tahun 2015 ni antara tahun paling mencabar dan agak susah nak lalui. Memang agak struggle la tahun ni.phewwww.. Antara yang aku ingat apa jadi utk tahun ni.. Jan 2015 - Aku kena pindah rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab rumah aku sewa tu tuan rumah jual senyap-senyap. - Aku jual bisnes yang aku usahakan dari tahun 2011 ke orang lain. - Aku jual kereta. Feb 2015 - Jobless. Bergantung sepenuhnya dekat Eli. -Mula niaga barang dari China,tapi xlaku. Aku stop. -Mula jadi dropship Intan,tapi sekerat jalan. - Kereta xada. Kemana-mana naik moto kawan Eli(Ketai). March 2015 - Masih jobless. - Aktif bercucuk tanam depan rumah. -Masih tiada kereta. April 2015 - Berniaga teh detox dari UK. - Masih tiada kereta. Mei 2015 - Keluar ura-ura yang MAS nak buang pekerja. Time ni aku n Eli yakin gila babi yang Eli xakan kena buang keja. - Aku maintain jual detox tea. -Masih tiada kereta. Jun 2015 - Aku maintain jual detox tea. - Hujung bulan Jun...