Skip to main content

Rutin Tiap Kali Gaji : Belanja Dapur Untuk Sebulan.

Hye

Rutin kebiasaan selepas Eli dapat gaji,dia akan bawa aku p pasar malam setiap hari Selasa untuk beli barang basah dan sayur.

Kalau barang kering,biasanya dia akan bawa p Econsave atau Giant.

Sekarang memang aku cuba minimakan belanja dapur. Beli apa yang penting ja nak plak lepas GST.

Tiap bulan Eli akan baget dalam Rm400 untuk belanja barang basah dengan barang kering.

Olak lempit udang sotong,ikan dengan ayam memang senang gila dapat. Daging ja susah dapat..

Kemarin macam biasa,p pasar malam.. Beli barang dapur untuk sebulan.

Ikan cencaru 2ekor, udang 20ekor,sotong 20ekor = Rm14.

Saiz memang kecik..xbesar pun..maybe sebab tu murah.

Sotong tu bahagi 2,so dapat la 2x masak.
Udang bahagi 2juga..dapat 1bekas 10ekor,sorang 5ekor bila makan nanti..hehe

Aku memang terbiasa kira macam ni..time masak pun aku jenis kira..terbiasa sebab masa duduk dengan ayah dulu,ayah style kira..bagi sama rata..

Kalau hotdog ayah potong kecik-kecik dapat 40pcs,kami 4beradik akan dapat sorang 10pcs. Tak da siapa dapat lebih..

Kalau dok dengan mak,mak style xkisah sbb mak suka masak banyak-banyak..memang jenuh makan..

So aku memang terbiasa,kalau masak kata udang 6ekor,so Eli 3ekor,aku 3ekor..jangan berani Eli ambil aku punya udang..hahahaha..

Ayam pun sama..kalau masak 5ketul,seketul Adelia punya,aku dengan Eli ambil sorang 2ketul. Gittewwww..

Nak masak apa tu,aku belum plan betul-betul pun..
Dok ingat ikan tu nak belah belakang..
Udang sebekas nak masak mee udang,sebekas lagi nak masak lemak kot..

Sotong nk buat sambal dengan goreng tepung..
Kelaut dalam la diet aku hahahaha..


aku sekarang xlalu la nak makn ikan isi kelabu..macam termenung..cencaru tu boleh gagah la sikit-sikit sebab dah lama xmakan..

aku dok gila ikan kerisi..tapi tu la..kakak yang jual tu kata ikan kerisi dah habis musim..
Kalau ada pun saiz kecik n mahal..
Dia ambil sebab xbaloi nak jual..

~~~~~~~~
Ayam kemarin beli harga seekor Rm17.50
Saiz sederhana besar.

Ayam pun elok sini..harga tak tentu,kadang dapat Rm15-Rm16 ja seekor saiz sederhana besar.

Aku dari mula start beli ayam dekat pasar malam ni,memang tak pernah bertukar orang..aku dok beli dekat brader yang sama ja..

Dia pun dah kenai aku,bila beli ayam dia akan buang kulit..buang lemak2 semua..senang keja aku time nak cuci.

~~~~~~~

Aku memang suka susun macamni sebelum atoq masuk peti ais.

Sesaja snap gambar buh dekat facebook tanya bagi depa mahai ka x..semua ni Rm15,3pinggan Rm5..boleh campur-campur.

Serai tu saja beli lebih,nak tanam..aku dah rendam dalam air utk dia tumbuh akar..tak tau la jadi ka x..

Lada benggala pun beli sebab nak ambil biji dia tanam. Harap hidup la hendaknya. Amin.

Aku suka susun elok mcmni,sebab nanti kalau Eli masak,dia senang nak cari..
Sebab taqa susun elok mcmni pun kadang dia cari xjumpa,tambah la kalau aku main buh ja..hahaha

Rutin susun mcmni hanya berlaku bila topup barang dapur ja,sebukan sekali la kiranya..aku akan buang sayur or cabai yang dah layu..ganti baru mcmni..

Baby kailan style bulat tu kailan jenis apa ha..aku suka..ingat nak buat kailan ikan masin.
Ummmm..dap!

Sayur yang lama aku xbeli adalah anak jagung..
Dah lama xmasak tomyam..

Dah selamat di rendam,harap serai tu boleh la tanam..kalau xtumbuh akar,memang kena simpan dalam peti ais la..ka boleh tanam terus ja tak payah tunggu ada akar..huh?..

Daun sup daun bawang pun rendam akar dia juga,ni kira percubaan kali ke 5 aku nak tanam guna batang..

Harap hidup la kali ni..amin.


Bawang besar,bawang putih tak pernah beli dekat pasar malam sebab mahal,aku biasa beli dekat Giant or Econsave.

Bulan ni beli dekat Giant,lega banyak bawang elok-elok. Aku ambil dalam 20biji lebih juga.. Baru Rm2.05,murah kan??

Bawang besar aku suka pilih yang saiz xberapa besar..sebab manis xrasa tengit.

Ubi kentang pun murah kalau beli dekat Giant,20biji Rm2.00.

Bawang putih ja mahal sikit. Dekat 3inggit.

~~~~~~~
Settle kemas semua.. Continue buat projek kebun. Hehehe

Kerat botol nak buat tempat tanam sayur.
Walaupun sayur bayam,kailan,tomato dok kecik lagi..
Aku tetap dok semangat nak tanam macam-macam lgi..hehehe

Total botol aku kerat dalam 20botol,lepas kerat nak kena layur api buat lubang pula..zzzzZzzz
Qenyah!

Semoga bulan-bulan hadapan,dapat la aku makan hasil kebun sendiri. Amin.

Ok 
Bye!













For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Popular posts from this blog

aku accident,kereta dirempuh dari belakang.

Assalamualaikum Tak tau macamana nak cerita..rasa macam mati hidup semula. Aku, Eli & Adelia accident. Aku baru ja ambik lesen dekat pakcik Mokhtar. Tengok malam tu juga accident. Hari Ahad haritu,aku gerak dari kampung sebab Isnin eli dah keja. Kami gerak dari rumah ayah, lepas p kenduri di Tikam Batu. Dalam pukul1 pagi,kami dah sampai dekat highway KLIA, bayar tol dan eli minta aku bawa kereta. Dia dah mengantuk gila. Aku pun drive n eli dok belakang jaga adelia. Adelia time tu tengah tidoq..tidoq dekat belakang tanpa car seat. Kami tak beli car seat lagi untuk Adelia. Aku pun bawa kereta sambil sembang dengan eli,sambil gelak-gelak. "b,u jgn tidoq..i xtau jalan.." "b,macam lelong ja i bawa..hahaahha" saja aku dok melawak dengan dia..dia pun dok gelak2 bila aku kata aku bawak lelong..padahal xlelong pun..perasaan ja haha.. pastu eli cakap "jap g u bagi signal kiri..masuk kiri" dok sat dalam 2-3min gitu,aku bagi signal kiri n tengok dekat cer...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...

Panduan bercinta dengan suami orang.

Ini la yang dikatakan zaman Urban.cityyyyyy sangat hahahahaha.. Aku xtau la makluk mana yang boleh dok buat pasal panduan2 bercinta dgn suami orang.. Bodo ka apa...aku bukan nak tolak hukum allah pasal poligami...tapi kebanyakkan laki zaman sekarang ni xmampu nak ada bini lebih dari 1..kalau mampu..aku rasa belambak la pompuan xyah kerja..just dok umah jaga anak ja..jadi surirumah sepenuh masa. Ini..gaji bini pun nak kena support gaji laki sebab xcukup..so aku xtau la celah mana laki stock2 bini kena tolong dia sara family ni boleh mampu kawen lebih dari satu. Xyah la kebulur dengan laki orang sangat..kalau kebulur dengan laki orang yang mampu nk berbini lebih xpa la..ni cari laki yang bila hg kawen buat hg suffer ja jadi bini no.2 wahahahaha..bodoh! Aku tau,pompuan yang jeneh bercinta dengan laki orang ni mesti akan marah kita isteri2 pertama yang dok halang laki kita dari kawen lebih dari 1..yala cinta itu kan buta...buta sgt tu yang sampai boleh kebulur dengan laki orang.. Aku...