Skip to main content

Bila Apa Yang Eli Plan Terpaksa Di Tangguhkan.

Dah nak dekat 1minggu aku selamat duduk SP. So far so good. Seronok!





Hari kedua masuk rumah,aku dengan Eli dah start beli barang basah. Kemarin aku dah start masak semula. Tapi beli sikit-sikit..sebab duit memang habis banyak la masa proses nak pindah rumah tu..




Gulai ayam kampung ayah masak. Pagi tu mak belanja makan dulu..gila murah wei makanan dekat padang temusu kot xsilap,aku lupa nama kedai..Ikan keli 2ekor,ikan temenung bakar sekoq,sup ayam semangkuk,sotong sambal 5ekor,nasi 4pinggan,sayur kcg sikit,sayur tauge,ayaq asam 3pinggan kecik..sambai petai1mangkuk penuh,pajeri nenas 1ketui,terung gulai 2potong.. Air kosong 1,air suam 1,teh o ais 2... Total : Rm24.50.. Hahahahaha murah wei..sedap plak tu..pilihan banyak gila..nanti aku plan nak p try sotong bakar dia plak..

~~~~~~~~~~~

Sambung cerita pasal plan Eli..

Sekarang Eli memang full time bisnes online.. Walau pun mula-mula dia plan nak buka kedai makan,tapi sebab pampasan MAS bagi sikit gila.. Makanya terpaksa la pikir 60x..

Hari kami gerak balik SP,kami bincang..sat ok..sat gaduh-gaduh..aku kan emo..ahahaha

Mula aku dgn Eli plan nak buat vendor butik lepas kedai makan xjadi buka..tapi pikir-pikir balik..minta pendapat orang yang jenis jujur bagi pendapat.. Makanya..kami sepakat nak fokus ke bisnes purebysafiyyahosman.

Aku pun sebenarnya xsangka aku boleh terpikir nak buat branding skincare sendiri walaupun bukan secara OEM..tapi 100% handcrafted. Kacau sendiri...buat adunan sendiri..lenguh tangan toksah cakap la..sampai xboleh nak tidur weiiii...tapi gigih la juga sebab aku suka..aku rasa syok walaupun penat..aku semangat kot nk buat huhuhu..

Idea nk buat detox body scrub ni datang masa aku tengah tunggu stock detox tea sampai... Time tu aku bosan kot..sbb xboleh nak buat duit..hahahaha..dan aku boring kalau kena bergantung pada Eli..aku xsuka terhutang budi..walaupun dgn suami sendiri..giteeewwww..aku memang lebih selesa guna duit sendiri. Dah terbiasa dari zaman anak dara.

Lagipun aku kalau duit sendiri,aku boleh enjoy beli apa aku suka dan minat tanpa rasa bersalah. Gittewww

So dari duit untung jual detox tea yang aku simpan sikit-sikit tu..aku tarik sikit-sikit buat modal untuk purebysafiyyahosman..Eli jenis sokong. Dia style yakin n konfiden..xpernah la spoil semangat aku..tapi aku selalu spoil semangat dia hahaha..

Aku pun gigih cari kedai printing yang boleh buat sticker dalam kuantiti yang sedikit tapi murah..Eli sanggup ulang alik ke cyber cafe untuk siapkan design sticker...


Warna sticker,font,nama purebysafiyyahosman tu semua dari Eli. Aku cuma cari nama produk ja..

Akhirnya sekarang,Eli pun sudi dam modai sikit ke purebysafiyyahosman..so now aku dah ada partner..

Walau pun aku suka keja sorang-sorang..tapi dah ada partner best la juga walau pun 9/10 tu gaduh saja 😂😂.

Baru sekarang Eli tau yang jual secara online sebenarnya memenatkan. Aku gelak ja tengok dia gelabah..

Kami pun sepakat nak ambil agent. Senang untuk customer yang nak COD.




Siapa berminat boleh bagitau ya. Selain dari nama negeri di atas,semua dah FULL.

Aku harap purebysafiyyahosman ni boleh pergi jauh.Amin.










Kerja kuat sebab nak happykan budak ni..walaupun kerap dia kena marah sekarang 😪😪 sebab kadang-kadang aku n Eli tengah serabut..dia plak terkinja-kinja xfaham bahasa..kadang memang termarah la juga..tapi selalu la pujuk dia..

Dan Eli pun akhirnya setuju nak anak sorang ja..hewhewhew..lega ioll. Sebab aku mmg nak Adelia sahaja sampai ke tua.✌️

~~~~~~~~
Ni gambar susa detox body scrub. Body scrub yang aku buat bukan semata-mata untuk buang sel kulit mati tau..tapi utk detox badan sekali. Sangat sangat bagus utk buang toxin yang ada dalam badan,lancarkan peredaran darah..topup kandungan garam y hilang dari badan..meh ler cuba..100% selamat.


250ml. Rm25.



Mula buat adunan,masukkan dalam bekas..cuci bibir bekas tu bagi bersih dan kemas..tutup..ikat tali..letak sticker...berdua ja buat.. Penat wei taqa na boleh duit.

Kebersihan sangat di titik beratkan sepanjang proses buat scrub dan foot soak. Memang gigih sungguh la beli sarung tangan..sarung kepala..cuma xgigih pakai baju putih tu ja hahaha..



Aku dengan Eli tengah bz buat adunan n masukkan dalam bekas untuk di edarkan kepada master agent yang dah bayar dan confirm utk jadi master agent.

Nak kena buat dalam 500bekas oi. Matikkkk..baru settle dalam 200bekas..

So wish me luck.
Semoga kita semua dapat kejar apa yang kita suka dan minat.

Bye!


Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman

Comments

Popular posts from this blog

aku accident,kereta dirempuh dari belakang.

Assalamualaikum Tak tau macamana nak cerita..rasa macam mati hidup semula. Aku, Eli & Adelia accident. Aku baru ja ambik lesen dekat pakcik Mokhtar. Tengok malam tu juga accident. Hari Ahad haritu,aku gerak dari kampung sebab Isnin eli dah keja. Kami gerak dari rumah ayah, lepas p kenduri di Tikam Batu. Dalam pukul1 pagi,kami dah sampai dekat highway KLIA, bayar tol dan eli minta aku bawa kereta. Dia dah mengantuk gila. Aku pun drive n eli dok belakang jaga adelia. Adelia time tu tengah tidoq..tidoq dekat belakang tanpa car seat. Kami tak beli car seat lagi untuk Adelia. Aku pun bawa kereta sambil sembang dengan eli,sambil gelak-gelak. "b,u jgn tidoq..i xtau jalan.." "b,macam lelong ja i bawa..hahaahha" saja aku dok melawak dengan dia..dia pun dok gelak2 bila aku kata aku bawak lelong..padahal xlelong pun..perasaan ja haha.. pastu eli cakap "jap g u bagi signal kiri..masuk kiri" dok sat dalam 2-3min gitu,aku bagi signal kiri n tengok dekat cer...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...

Panduan bercinta dengan suami orang.

Ini la yang dikatakan zaman Urban.cityyyyyy sangat hahahahaha.. Aku xtau la makluk mana yang boleh dok buat pasal panduan2 bercinta dgn suami orang.. Bodo ka apa...aku bukan nak tolak hukum allah pasal poligami...tapi kebanyakkan laki zaman sekarang ni xmampu nak ada bini lebih dari 1..kalau mampu..aku rasa belambak la pompuan xyah kerja..just dok umah jaga anak ja..jadi surirumah sepenuh masa. Ini..gaji bini pun nak kena support gaji laki sebab xcukup..so aku xtau la celah mana laki stock2 bini kena tolong dia sara family ni boleh mampu kawen lebih dari satu. Xyah la kebulur dengan laki orang sangat..kalau kebulur dengan laki orang yang mampu nk berbini lebih xpa la..ni cari laki yang bila hg kawen buat hg suffer ja jadi bini no.2 wahahahaha..bodoh! Aku tau,pompuan yang jeneh bercinta dengan laki orang ni mesti akan marah kita isteri2 pertama yang dok halang laki kita dari kawen lebih dari 1..yala cinta itu kan buta...buta sgt tu yang sampai boleh kebulur dengan laki orang.. Aku...