Skip to main content

Random.

Hello!
Dok tangguh-tangguh nak update blog.

Adelia dah start sekolah. Tapi dekat 2minggu dah xp sekolah. Dia xsuka sekolah!hahaha.. Pening aku.

Seminggu mula tu xp sekolah sebab mak pak dia bz. Mggu ni xp sekolah sbb selesema dengan batuk.


Bawa ambil ubat. Adelia memang selama ni dari umur 3bulan sampai la dah nak masuk 4tahun ni memang serasi dengan ubat homeopati.

Kalau dulu masa dok Banting,aku tuju ke doktor hassan di bangi. Sekarang tuju klinik doktor mansor,sungai petani.

Kali kedua dah Adelia ke klinik homeopati doktor mansor.

Harga lebih kurang doktor hassan. Rm18-Rm20 sekali ambl ubat.



Ni gambar masa p uptown sungai petani. Pinggan mangkuk Rm6,periuk tu Rm30. Rambang mata aku.

Pipah ja beli,aku xbeli pun. Hampir nak beli dah,jalan p bank rakyat nak cucuk duit tengok bank out of service. Hahaha. Selamat duit ioll.




Masa keluar dengan pipah,singgah makan ala2 shellout. Murah uoll. Kedai lupa nama apa. Makanan sedap gila. Tpi kena makan dengan nasi sebab kalau ratah sedikit masin. Tapi sedap! 1set Rm23,dapat sekali nasi. Kangkung goreng tu order asing.

Y dalam gambar tu kami ambil 2set. 1set share 2org.

Tq pipah belanja ioll. 😘😘



Ni barang pure yang aku letak dekat butik Qish. Berdepan dengan 7e jam besar,Sungai petani. So orang-orang sekitar Sungai petani,Kota Kuala Muda atau Tikam Batu boleh p walk in terus. Aku xsempat nak COD kalau ada y nak beli..kena p walk in ja ok.
Harga semua sama.



Ini office baru purebysafiyyahosman. Baru settle cuci hari Sabtu haritu. Mula aku nak upah orang ja basuh. Tapi budak yang janji nak mai tu cancel pulak. Terpaksa la aku dengan Eli basuh sendiri. Capit pun ada tolong basuh sekali.

Xtau lagi bila nak start operasi. Sebab nak cat dengan pindah barang basah n bekas dulu.

Ni rumah pak menakan Capit,sewa Rm200. So aku dengan Eli pun sewa la utk jadikan office. Rumah sewa lani dah xboleh tampung bekas n barang basah utk buat pure dh.

Nak sewa bangunan MPSP susah gila. Orang tu kata kena ada kabel dulu baru boleh dapat. Aku dah siap submit dah borang haritu. Tapi cekelat angin. Xda rezeki.




Aku akhirnya gigih beli planner kakakakaka..aku beli dari paperdorable. Cantik dan just nice saiz dia. Planner dia ada quotes. Best juga rupa paras bahagian dalam dia. Harga aku beli Rm176 kot xsilap free postage.

Ada 2warna,blueblack dengan pink flamingo.







Haritu mak abah mai,bawa tok Sabariah,pakcik,paktam,paknjang belah tok Sarah dengan paknjang lumut.

Depa sampai-sampai nak tengok rancangan alhijrah aku masuk haritu. Malu gila wei hahahaha.. Tapi aku buka juga la.

Tok Sabariah pun dan cuba foot soak aku buat. 😬😬



Frame dah bertukar wajah. Gittewww hahaha..



Ni gambar lepak dengan geng geng cikibum.makan mee udang usop pulau sayak. Sumpah sedap wei usop pulau sayak pun mee udang. Kuah licin kot. Sedap gia dan murah!

Haritu makan 4mee udang,1koteaw udang,3megi udang,1megi kosong, 1nescafe ais,1limau ais,4teh o ais,1asam boi ais,1sirap : total Rm100. Murah la bagi aku. Tiap pinggan ada 3-4ekor udang saiz sederhana.

Kuah dia la paling win sekali. Cuma servis agak lambat sebab orang ramai.




Ni time kami p bbq dekat bukit jangui ka apa ntah nama dia. Dah terlalu ramai manusia. Xbest.




Esok dah masuk bulan2,makanya busyyyyyyyyyyyyyyyy... 4,5,6 Along kawen dengan orang Subang. 10hb aku ada shooting dengan pihak tv9 untuk produk purebysafiyyahosman lagi. Alhamdulillah.

Usaha gigih aku utk diet xberjaya. Just turun 2kg ja. Plan aku nak nampak kurus dalam tv adalah dengan memakai tudung bawal hahahahahaha..

Ok.
Itu ja nak cerita.
Bye.

Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman

Comments

safurara said…
hahahahaha good luck piya, xyah lah diet, ttp lawaa.
e.t.t.y said…
wahhh masuk tv9 pulakkk....terbaikkkk!

Popular posts from this blog

Resepi Bakso Simple Tapi Sedap.

Hye Baru buat bakso harini..haritu kan cakap nak buat,tapi xbuat disebabkan xbeli buah keras tu.hahaha.. Aku style kalau nak masak kena cukup bahan..kalau x ..xpuas hati woooo... So ikut resepi yang kawan aku bagi,dia salin sambil bcakap dengan maid dia lombok tu..so xlengkap. aku xtau nak agak bawang..3x masak sup saja wei..sebab 2x tu aku xpuas hati dengan rasa dia.. Aku bab masak memang gigih hahahha.. Bahan untuk sup. Ni untuk 1st sup yang xjadi.. Pastu aku buat second sup aku kurangkan bahan sup dia tu.. Pun xpuas hati sebab bawang aku terlebih. Kali ketiga..jadi..so aku ikut resepi ketiga ni la.. Daging(potong kecik-kecik) Bawang putih 1ulas* Bawang merah 2ulas* Lengkuas(setengah inci)* 1 Kayu manis* 1 Buah keras* 1 Buah pelaga* 1 Bunga lawang* 2 cengkih* Sedikit biji ketumbar** Sedikit lada putih** Sedikit lada hitam** Daun sup Daun bawang 14biji Bebola daging(brand figo) Blend semua bahan yang bertanda * sampai halus...

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab...