Skip to main content

Syoknya Kalau Jadi Hang,Piyah!

Hye

Lama xupdate blog. App blogpress tu problem.haiyooo..susah aku nak update blog panjang-panjang.

--------

Sekarang ni ada la kawan-kawan n strangers cakap syoknya kalau jadi aku.. Hahaha..aku gelak sebab kalau depa tau apa yang aku lalui dari kecik sampai la aku besar gajah macam sekarang, bagi berjuta pun mesti depa xkan nak jadi aku.

Aku tau zaman sekarang orang memang suka compare life dia dengan life orang lain. Kita akan nampak benda best ja dalam life orang lain. Kita xnampak macamana dia struggle.

Aku dari tadika dah tau compare hidup aku dengan kawan-kawan. Aku mak ayah bercerai. Dari kecik ulang alik hidup dengan tok sat,sakgi ayah ambl pula..lepas tu mak ambl..lepas tu dok dengan tok balik... Haram xbest! Bila berkumpul sepupu sepupu,aku mula la persoal kenapa mak ayah bercerai..kenapa xdak orang suap aku makan...kenapa aku kena tunggu last sekali untuk dapat makan..kenapa mak xda..kenapa ayah xda... Benda ni berulang sampai la aku sekolah rendah & menengah. Kenapa sepupu aku y lain ada mak ayah suapkan makan,ambilkan depa makanan..

Aku boleh ingat benda yang jadi ke aku start au umur 3tahun,tapi semua yang aku ingat semua benda yang sedih. Paling sedih bila tiap kali raya kena pikiaq nak raya dengan sapa. Rasa kesian kalau raya dgn mak..ayah raya sorang. Kesian ayah. Kalau raya dengan ayah,mak raya sorang,kesian mak. Berlarutan sampai ke besar.

Sekolah rendah pula,aku suka p lepak rumah kawan-kawan. Kadang round kampung merata alam naik basikal. Mak xda sbb stay KL,ayah keja..tok n tokwan mmg xkisah janji petang balik rumah.. Kawan-kawan sekolah rendah aku dulu kebanyakkan semua dari family yang harmoni. Aku ja y mak ayah bercerai berai.

Disebabkan aku ni suka meronda kg,xbaca buku semua...ada 1-2orang mak ayah kawan aku yang xbagi aku berkawan dengan anak depa. "wei che piah,mak aku xbg hg mai rumah..dia xbgi kita kawan" -- ayat ni paling aku ingat. Time ni aku umur 12tahun,tahun nak UPSR. Gila rasa macam aku budak bodo gila sampai tahap mak bapak kawan xbagi anak dia berkawan dengan aku.

Tapi aku buat bodo,p gak rumah dia..bila dekat mak dia nak balik keja..aku cabut. So malam-malam aku akan teringat n aku mula la persoal kenapa mak dia xbagi aku kawan dengan dia...apa salah aku..syoknya kalau aku dapat jadi dia...syoknya ada family mcm tu.

Aku start stop compare hidup dgn hidup orang lain bila aku naik tingkatan 3,Aku rasa time tu cukup kot aku bersedih sebab tengok life orang lain happy. Penat dah menangis malam-malam persoal apa yang jadi.

Lebih baik aku usaha untuk senangkan diri sendiri. Gitteww la. So habis PMR keja partime kedai biskut raya sebab bak duit beli hf..lepas SPM cari keja sbb malas nak minta duit mak ayah. Masa ni aku stop terus  dah compare hidup aku dgn orang. Sebab aku busy set up hidup aku.

Walaupun sampai ke zaman politeknik aku hidup dengan susah payahnya..huhuhu.

-----------

Bila pikir balik,buang masa compare life kita dgn orang lain. Sbb kita xtau apa y dia rasa dan dia sorok. So hidup la penuh keseronokkan. Hidup kita dh ckup best dah. Ok.

---------
Perjalanan aku pun masih panjang. Aku pun xtau apa nk jd kedepan-kedepan. Orang nampak macam best ada buat produk sendiri..padahal hakikat dia,hg kena pikir macam-macam. Sekarang ni pikir macamana nak maintain ja bisnes ni sbb dedua orang kami mmg fulltime buat benda ni. Aku suka apa yang aku buat sekarang ni. Aku minat. So harap dapat bertahan. Amin.

Last sekali,serius  jadi aku xbest mana pun. Maybe kalau mak ayah aku xcerai..hidup aku best hehehe..hargailah apa ja hidup yang uoll tengah hadap dan perlu hadap. Kita semua ada bahagian masing-masing.

Ok?!

Bye.




 For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Unknown said…
conclusion-nya. tak payah banding life kita dengan orang lain. :)
lyssamaria said…
kenapa xdak orang suap aku makan...kenapa aku kena tunggu last sekali untuk dapat makan..
p/s saya menangis baca part ni
kalau compare pun wat dlm hati je...tp jgn terlalu fikir sgt...

Popular posts from this blog

aku accident,kereta dirempuh dari belakang.

Assalamualaikum Tak tau macamana nak cerita..rasa macam mati hidup semula. Aku, Eli & Adelia accident. Aku baru ja ambik lesen dekat pakcik Mokhtar. Tengok malam tu juga accident. Hari Ahad haritu,aku gerak dari kampung sebab Isnin eli dah keja. Kami gerak dari rumah ayah, lepas p kenduri di Tikam Batu. Dalam pukul1 pagi,kami dah sampai dekat highway KLIA, bayar tol dan eli minta aku bawa kereta. Dia dah mengantuk gila. Aku pun drive n eli dok belakang jaga adelia. Adelia time tu tengah tidoq..tidoq dekat belakang tanpa car seat. Kami tak beli car seat lagi untuk Adelia. Aku pun bawa kereta sambil sembang dengan eli,sambil gelak-gelak. "b,u jgn tidoq..i xtau jalan.." "b,macam lelong ja i bawa..hahaahha" saja aku dok melawak dengan dia..dia pun dok gelak2 bila aku kata aku bawak lelong..padahal xlelong pun..perasaan ja haha.. pastu eli cakap "jap g u bagi signal kiri..masuk kiri" dok sat dalam 2-3min gitu,aku bagi signal kiri n tengok dekat cer...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...

Panduan bercinta dengan suami orang.

Ini la yang dikatakan zaman Urban.cityyyyyy sangat hahahahaha.. Aku xtau la makluk mana yang boleh dok buat pasal panduan2 bercinta dgn suami orang.. Bodo ka apa...aku bukan nak tolak hukum allah pasal poligami...tapi kebanyakkan laki zaman sekarang ni xmampu nak ada bini lebih dari 1..kalau mampu..aku rasa belambak la pompuan xyah kerja..just dok umah jaga anak ja..jadi surirumah sepenuh masa. Ini..gaji bini pun nak kena support gaji laki sebab xcukup..so aku xtau la celah mana laki stock2 bini kena tolong dia sara family ni boleh mampu kawen lebih dari satu. Xyah la kebulur dengan laki orang sangat..kalau kebulur dengan laki orang yang mampu nk berbini lebih xpa la..ni cari laki yang bila hg kawen buat hg suffer ja jadi bini no.2 wahahahaha..bodoh! Aku tau,pompuan yang jeneh bercinta dengan laki orang ni mesti akan marah kita isteri2 pertama yang dok halang laki kita dari kawen lebih dari 1..yala cinta itu kan buta...buta sgt tu yang sampai boleh kebulur dengan laki orang.. Aku...