Skip to main content

Bagaimana Dari Surirumah, Aku Boleh Menjadi FOUNDER Produk.

BAGAIMANA SAYA DARI SEORANG SURIRUMAH MENJADI SEORANG FOUNDER PRODUK. SEMUANYA BERMULA DENGAN "JAGA DUIT"

Hye! Assalamualaikum. Saya Safiyyah Osman. Founder Purebysafiyyahosman, dari Sungai Petani,Kedah.

Kepakaran saya adalah membantu dan mendidik wanita wanita yang kulit /rambut/bibir telah rosak akibat menggunakan skin care, hair care & makeup yang mengandungi bahan kimia merbahaya yang tidak terkawal.

-------------------

YES! Dari jaga duit, aku dapat buat bisnes aku yang sekarang ni. Alhamdulillah.

Macamana nak jaga duit keluar masuk. Ini cara saya guna dari saya start berniaga detox tea dulu, dan saya guna utk Purebysafiyyahosman. Saya start 1.9.2015 buat Purebysafiyyahosman. Dalam bulan 10-11 Eli jadi partner saya.

Tobat cara bodo. Eli tulis setiap hari tanpa culas.

Kena disiplin dan tidak merompak duit company sendiri. Tu pling penting. Dan sampai sekarang la mcmni lagi akaun saya. Start bulan 11 ni, hasil perbincangan dengan sifu, saya akan start lebihkan pada profit sbb tahun depan dah xda plan nk up buat produk.

Dan kalau perasan, saya xpernah buat promo atau diskaun pada customer, melainkan bagi free produk utk tarik perhatian org utk nampak brand aku dalam masa y cepat, beberapa kali ja pernah buat selama setahun ni. Saya selalu up sell dengan bagi free gift pada customer yang membeli Purebysafiyyahosman. Dan caj postage xpernah saya diskaun.




Harga memang saya jaga. Dan sedaya upaya cari free marketing. Saya masuk tv9 1x,tv alhijrah 2x, the vocket, suratkhabar Metro (2x), utusan 1x, sinar 2x, berita harian 2full page 1x semuanya FREE. Terpaksa cari y FREE sebab kos saya kecik ja masa start.




Start dgn Rm2500+6500.. Fb ads pun buat sebulan bapa ratus ja. Tapi sebab disiplin jaga akaun guna cara bodo2 ni, alhamdulillah. Duit xbocor.

Kena ada matlamat dan plan ok. Sebab modal terhad.

Cara dia,
Saya ambil profit sikit dari modal. Saya lebihkan modal. Sbb saya ada target utk banyakkan produk. (Refer gambar).




Contoh :

Sales(retail) Rm30
Cost saya akan ambil Rm20 (melebihi kos asal)
Profit kasar : Rm10

Cost tu nanti semuanya akan akan gunakan untuk :-
Restock bahan raw.
Restock jar/botol.
Restock sticker/label.
Flyers.
Bunting opis. (stokist/agent yang nak kena keluarkan duit sendiri)
Apa saja yang berkaitan dgn produk saya guna cost.
Travel utk settlekan hal produk, akan guna duit cost.

Profit kasar saya guna untuk :-
Gaji diri sendiri & Eli.
Gaji staff.
Komitmen opis. (Sewa,api ayaq..etc)
Stationery
Marketing
Travel utk buat kerja luar bkn keja settle produk, akan guna duit profit.

Duit postage asingkan siap2, dan rekod juga. Cuma xmasukkan dalam cost/profit. Beli sampul semua guna duit postage y dibayar oleh customer/stokist/agent.

Duit postage simpan dalam acc lain.
Duit profit/profit bersih simpan dalam acc lain.
Duit cost simpan dalam acc lain.

Dari cara ni la saya dgn eli jaga duit sampai boleh settle MARA eli cash, beli van, settlekan duit kereta.. So jgn pandang enteng ok. Jgn rompak duit company.

---------------

Ni cara saya. Boleh refer pada orang lain juga yang lebih baik ok. Ni cara saya bodo2..

Kena tulis hari2 atau kalau rajin type dlm laptop.

Setiap duit company y digunakan akan rekod. Xpernah xrekod. Eli memang disiplin bab ni.

Nak enjoy, kami guna duit gaji.

-------------------

So bila buat mcmni, kita tau mcmna jadi sesak pun klu kita TERrompak duit profit, kita still boleh rolling modal utk stock/produk. Kita xstuck.

Faham?

Tapi kalau duit kos pun u rompak, duit profit kasar pun u rompak. Baik u p makan gaji.😂
Buat penat ja bisnes.

Masa mula buat Purebysafiyyahosman, saya dgn Eli sepakat mmg nk ikat perut ambil profit kecik dulu.

Kecik2 pun bila kumpul-kumpul, diusia begini, kami dah xda hutang kereta/van. Eli pun dh settle hutang mara. Skang tggal hutang aku sikit, hutang dia sikit lagi n masih menyewa rumah.

Aim kami tahun depan, nk beli rumah & settle 2lgi hutang. Pastu nak dok relax. Nak kumpul aset utk tinggalkan dekat Adelia.

Dan dalam bisnes Purebysafiyyahosman kami xamalkan tabiat "berhutang" dengan supplier. Sebab malas pikir n malas nk stuckkan bisnes sendiri. Stokist/agent semua kena cash. Adik beradik sekali pun xda diskaun. Kali pertama diskaun,repeat order harga retail. Mak sendiri pun beli harga retail.

N jadi stokist/agent rules kena ikut mcm orang lain juga. Xda special-special.

Mulakan Purebysafiyyahosman pun tanpa hutang atau loan. So kami nk maintain run bisnes n hidup tanpa hutang y membebankan.

So disiplin ok. Tambah-tambah kita cuma rakyat marhaen. Hehehehe..

Dan paling penting, bila duit kita jaga, apa yang kita plan insyallah akan berjalan lancar.

Bayangkan dari aku kayuh produk pakai tangan, hasil dari tabiat dan disiplin jaga duit, aku boleh invest beli mesin heavy duty 6kg 2biji, heavy duty blender 2biji & filling machine 1bji. Dan mampu gajikan pekerja.

Penting tau jaga duit. Kalau x terkubur. Tahun pertama Purebysafiyyahosman memang aku n Eli xenjoy mana pun, xp bercuti mana pun sbb sayang duit hahahaha.. Nk relax bagi betul-betul stabil dulu.

---------------------

Harap menjawab la pertanyaan uolls yang bertanya mcmna saya buat akaun Purebysafiyyahosman.

P/s : boleh share kalau rasa bermanfaat.


Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Bakso Simple Tapi Sedap.

Hye Baru buat bakso harini..haritu kan cakap nak buat,tapi xbuat disebabkan xbeli buah keras tu.hahaha.. Aku style kalau nak masak kena cukup bahan..kalau x ..xpuas hati woooo... So ikut resepi yang kawan aku bagi,dia salin sambil bcakap dengan maid dia lombok tu..so xlengkap. aku xtau nak agak bawang..3x masak sup saja wei..sebab 2x tu aku xpuas hati dengan rasa dia.. Aku bab masak memang gigih hahahha.. Bahan untuk sup. Ni untuk 1st sup yang xjadi.. Pastu aku buat second sup aku kurangkan bahan sup dia tu.. Pun xpuas hati sebab bawang aku terlebih. Kali ketiga..jadi..so aku ikut resepi ketiga ni la.. Daging(potong kecik-kecik) Bawang putih 1ulas* Bawang merah 2ulas* Lengkuas(setengah inci)* 1 Kayu manis* 1 Buah keras* 1 Buah pelaga* 1 Bunga lawang* 2 cengkih* Sedikit biji ketumbar** Sedikit lada putih** Sedikit lada hitam** Daun sup Daun bawang 14biji Bebola daging(brand figo) Blend semua bahan yang bertanda * sampai halus...

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Review & Kos Bersalin Di Hospital Swasta : Hospital Pantai Sungai Petani Tahun 2020.

Hye, assalamualaikum. Aku dah tau, kalau cerita pasal bersalin mesti akan ada yang tanya berkenaan kos bersalin. Bersalin di mana..Yang follow Facebook or instagram dah tau yang aku bersalin kalini di swasta sebab fobia dengan hospital kerajaan/separa kerajaan time bersalin 8tahun lalu. Aku dengan Eli menabung. Ikutkan plan kami nak menabung sampai 11k+, tapi dah bersalin awal, tabung sempat penuh dalam Rm6500k ja. Selamat aku tak kena E-czer. Kami survey pakej bersalin antara 2 tempat. 1 hospital Pantai, 1 wisma. Paling murah semestinya Wisma la. Tapi ada pro & cont dia. Macam wisma, makanan tak disediakan. Hospital makanan 3x sehari + 2 hi tea. Beza harga around 1k juga. Lepas tu wisma tu tak ada E-czer. Macam hospital ada. Hospital E-czer dalam 11-12k.  —————- Aku ambil pakej czer di Hospital Pantai Sungai Petani. Dia ada banyak rate. Ikut pada kita pilih bilik apa. Macam aku, pilih bilik Single Room. So kena bayar RM6500. Sebelum check in bilik, kena bayar cash Rm6500 sebab...