Skip to main content

Bila Ini Takdir Aku.

Hye!
Assalamualaikum semua.


Hui dah lama tak tulis blog. Busy ya amat. Nak-nak pula Adelia dah sekolah. rutin 100% berubah. Kalau dulu masuk office atas jam 10pagi. Lani xdapat la nak bangun macam tu dah...

Now jam 8pagi dah terpacak dekat office. Buat kerja, buat produk mana yang habis or tinggal sikit. Buat video untuk rekrut stokist dan agent...2017, tahun yang hala tujunya lebih jelas.

--------------------------------

Settle dah aku urus pasal stokist yang stay dan tak stay. So sekarang, masa untuk rekrut stokist baru dan agent baru yang akan duduk dibawah stokist yang aktif.

Tahun lepas, aku ada buat juga agreement, tapi separuh jalan. So haritu, aku buat agreement.. tulis balik apa yang dah sedia ada dok dalam notes..update sana sini sikit. Dan ada stokist/agent yang lama-lama keluar dan tak sign. Ada juga yang sign dan stay.

Mana yang stay, dah dapat tau apa benefit untuk tahun 2017 yang depa dapat. Dan Eli pun dah join sekali handle stokist. Kalau tak tahun lepas aku sorang-sorang. So lega banyak. Aku boleh fokus pada benda lain pula.

---------------------------------

Staff pun bertambah dan dah boleh di harap. Aku still ambil part time. Tapi rate part time kerja dengan Purebysafiyyahosman agak tinggi.. Sejam RM6 untuk staff part time lama. RM5 untuk staff part time baru. Total staff Purebysafiyyahosman untuk masa sekarang termasuk aku dengan Eli 8 orang.

Nak handle staff pun bukan la benda senang. Nampak macam senang. tapi ya tuhan susah juga.
Selamat ada mentor baru yang banyak nasihat. Tiap malam Isnin n Rabu memang wajib jumpa mentor aku yang tu. hehehe

--------------------------------

Banyak benda oi nak cerita, tapi kadang otak letih..badan pun malas nak bergerak termasuk la jari jemari...

Order dari stokist yang stay masih berjalan macam biasa.
Alhamdulillah.


Ini ruangan untuk staff partime bahagian packaging buat kerja. Order stokist, customer semua masuk sini.
tempat lebih besar dan lebih selesa.


Now setiap customer Purebysafiyyahosman semua dah dapat resit. Kalau dulu krik krikk..dapat barang ja.

Stokist pun sekarang pembelian semuanya melalui website. Bukan lagi melalui whatsapp.
Lega banyak wei.. staff pun tak yah dah susah payah tulis DO panjang-panjang.
Print ja..Lega banyak weh!

phewwww.....

---------------------------------

Pastu aku tak sabar nak capai tahap HQ tak payah menjual retail. hehehe.. Tapi nak capai tahap tu memang makan masa, 1 sebab stokist Purebysafiyyahosman bukanlah jenis restock sekali 10ribu... stokist purebysafiyyahosman start dengan amount RM800 saja. Pegang tiap produk pun tak banyak dalam 6-10pcs sahaja.. Sebab memang tak boleh nak pegang banyak-banyak. Biar habis jual dulu kemudian restock. Sebab Produk Purebysafiyyahosman tak guna pengawet. Just ganti dengan minyak vitamin E ja. So nak buat banyak-banyak pun tak boleh..buat la sikit-sikit.

tu pun tahun ni kalau ikut perancangan nak buat loose powder, lepas tu nak buat deodorant..tapi terpaksa di tangguhkan sekejap. Dan tahun ni juga, akan discontinued beberapa produk yang jualannya sangat slow.

Sangat la susah jadi founder dan co founder . huhuhuh... Otak memang penat gila.
-----------------------------------

Bulan 2 ni habis dah sesi coaching dengan Dr Azizan Osman. Insyallah nak continue lagi. Lepas masuk Kelas Dr Azizan Osman, confident level jadi tinggi gila hahahhaa.. dah tak takut-takut macam mulas-mula run Purebysafiyyahosman.


Next target nak naik hot seat dia pula hehehe.. Semoga jadi kenyataan. Amin.


-----------------------------------

Doakan kami.
Uolls pun sama, semoga kita sama-sama capai apa yang kita target. Jangan takut nak letak target ok.


salam.
bye.



For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Aty Fared said…
bangga sangat dengan pencapaian piya.. sebab follow dari awal dulu2...kenal lama..tau jatuh bangun piya.. biler rasa down..terus ingat kat piya..series ni.. :) [aty nak kuarkan hand bag n kasut ar] tetibe..;p
dorsett pink said…
Packaging corner tu cantik
dorsett pink said…
Tahniah dah ada 8 org staff, not bad for a newbie
dorsett pink said…
Saya doakan semoga 2017 ni akan bagi kejayaan utk awak and team

Popular posts from this blog

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Tinggal Lagi Sehari.

Sat ja kita dah sampai ke penghujung 2015. Bagi aku tahun 2015 ni antara tahun paling mencabar dan agak susah nak lalui. Memang agak struggle la tahun ni.phewwww.. Antara yang aku ingat apa jadi utk tahun ni.. Jan 2015 - Aku kena pindah rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab rumah aku sewa tu tuan rumah jual senyap-senyap. - Aku jual bisnes yang aku usahakan dari tahun 2011 ke orang lain. - Aku jual kereta. Feb 2015 - Jobless. Bergantung sepenuhnya dekat Eli. -Mula niaga barang dari China,tapi xlaku. Aku stop. -Mula jadi dropship Intan,tapi sekerat jalan. - Kereta xada. Kemana-mana naik moto kawan Eli(Ketai). March 2015 - Masih jobless. - Aktif bercucuk tanam depan rumah. -Masih tiada kereta. April 2015 - Berniaga teh detox dari UK. - Masih tiada kereta. Mei 2015 - Keluar ura-ura yang MAS nak buang pekerja. Time ni aku n Eli yakin gila babi yang Eli xakan kena buang keja. - Aku maintain jual detox tea. -Masih tiada kereta. Jun 2015 - Aku maintain jual detox tea. - Hujung bulan Jun...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...