Skip to main content

Trip Ke Yogyakarta PART 2

Hello. Hye. Aku dah selamat sampai ke Malaysia pada hari Sabtu haritu. Dan selamat sampai Sungai Petani hari Ahad pagi jam 5pagi.

Orang tanya best ke tak Jogja? Mesti lerrr best! Tak puas p 5hari. Patutnya kena p 2minggu hahahaha..

Kami ke Jogja 4orang. Dan plan semuanya last minit. Persiapan dibuat sebulan awal ja.
.
TIKET FLIGHT
Kami naik air asia.So dapat tiket flight dalam Rm447/person return. Inc 80kg check in luggage p balik.

Kaki ambil tiket paling awal ke Jogja 6.30pagi dan tiket balik KL paling lewat jam 5.30petang.


HOTEL
Kami stay di RUMAH ROSO HOMESTAY. Servis dan keadaan bilik 5/5. Bersih. Puas hati dan paling penting owner dan staff sangat ramah dan baik.

5hari 4malam - Rm399. Inc breakfast selama 5hari.

Ada 2katil queen untuk 4orang dan bilik air dalam bilik.

Rumah Roso ni ada lagi 3bilik air diluar. So bilik yang xda bilik air boleh mandi diluar. Selesa dan bersih.




















Memang selesa. Dan nyaman banget.




Ni bahagian luar.

Makan yang disediakan untuk breakfast pun sedap.







Kami sempat breakfast 2hari ja. Lagi 2hari xsempat sebab keluar awal subuh2.

Kalau malam lapar, p depan jumpa kak Lucy minta nak order makanan secara online.

Nanti kak lucy bagi tablet dia untuk kita order online. Nanti runner hantar sampai ke depan Rumah Roso.

Gittuhhh!

Dan hotel ni, walking distance ke alun alun kidul. Alun alun kidul ni time weekend ja hidup. Kalau p hari biasa so-so ja.



SUPIR
P jogja memang aku guna khidmat supir sepenuhnya. Kos untuk 5hari adalah 2juta 300ratus IDR.

Supir aku pilih memang superb. Best gila sebab umur beza tak banyak. So macam kawan-kawan. Mudah nak bersembang dan melawak.

Nanti aku cerita di lain entry pasal supir ni.



















Mas Yudi (gambar atas)

Hendra (gambar bawah)








Hari pertama dan kedua, supir lain. Namanya Hendra. Supir hari ketiga hingga balik, dapat supir namanya Yudi.

Mas Yudi paling terbaik n best banding Hendra hahahaha.. Hendra tu lawak. Tapi dia macam noob sikit. Dia terlalu ikut atas kertas. Hendra ni bini 4 orang. Tengok ja haluih hahahaha..

Macam Mas Yudi, dia bawa p merata alam tempat makan. Tu yang best tu. Gila-gila juga. Dan lebih steady. Best buat kawan. Mas Yudi, anak dua, bini sorang.

Bini dia punya la segak. Kalau dekat Malaysia, kita panggil anak mami. Bini Mas Yudi, orang Borneo, tapi darah campuran India. Mas Yudi siap tunjuk gambar anak dan bini dia lagi. Best dan selesa la. Tak la rasa canggung gittuh.

Macam part makan, kalau ada aku ke, mira ke makan xhabis.. contoh mkn ayam xhabis.. makan lontong xhabis.. nanti Mas Yudi la yang tolong perabeh.. sebab sayang kan makanan xhabis.. dia dok kata dia dh gemuk dok dgn kami 3hari hahahaha..


TEMPAT -TEMPAT YANG KAMI PERGI
Tak banyak tempat best, biasa la noob. Baru 1st time sampai. So banyak tempat adalah tempat yang typical orang pergi.

Untuk ke tempat-tempat ni, baget semuanya dalam Rm517 inc kos makan lobster, kos byr gambar 10R 15keping, kos naik jeep.

Tempat yang kami p dan singgah :-

Borobudur
Prambanan
Ratu Roko
Gereja ayam
Pasar Malioboro
Alun alin kidul
Kalibiru
Merapi
Phuntuk setumbu
Pantai maringitis
Pantai timang+ Gondola+ makan lobster
Pantai gumuk untuk main sandboarding
Kebun buah mangunan
Hutan pinus
Pasar Beringhajo

Antara semua tempat diatas ni, yang tak perlu buang masa p adalah kebun buah mangunan. Sebab tempat dia biasa gila. Tak best. Gittuh! Tempat lain-lain ok la.


MAKANAN
Makanan dekat sana memang murah gila babun punya. Disebabkan murah, kami ajak sekali supir makan.

Sebab serius murah gila wei. Sekali makan 5kepala baru 150k IDR. Dalam 50inggit malaysia.

Memang murah la makanan dekat sana.

Makan lobster 2kg, ikan bakar semua.. baru Rm184.

Memang murah. Air buah depa sedap gila weh! Tambah air jus es jeruk.

Sepanjang 5hari dekat sana untuk makan habis dalam Rm100/person ja kot ke kurang lagi.


SHOPPING
Best shopping di Pasar Malioboro. Kalau nak baju batik jawa boleh ke Pasar Beringhajo.

Baju moden-moden, boleh ke Pasar Malioboro.

Kami masa p bawa 2luggage ja n sling bag tiap sorang.

Balik kami bawa 3luggage, sling bag 2, 2bag kecik, 3bagpack. Kahkahkah.. semua jadi gila shopping!

Murah uolls! P pasar Malioboro, cari butuik muslimah dekat sana. Harga murah gila n baju cantik. Telekung pun semua murah.


So total habis dekat sana Rm1870.59(flight PEN-KUL, flight KUL-JOG-KUL, entrance tiap tempat, hotel).

Kami dekat sana memang mewah gila. Makan xyah nak pekin. Nak bagi extra tip dekat orang sana pun xyah berkira-kira. The more you give, the more you get back. Duit shopping asing yo.

Duit shopping ,mcm aku bawa Rm900, Mira Rm600, Pkah Rm500.

Memang gila la shopping. P pasar Malioboro jalan kaki, balik p tempat parking terpaksa naik beca sbb banyak sgt barang.. murah wei. Serius.




Bag ni utk mak Fuziah. Baru Rm16 uollsssssssssssss.. time beli mesti la kena bargain ok. Aku beli 2, 1 utk diri sendiri, 1 utk mak. Nk beli 4 xcukup bag..sebab bag ni keras xboleh lipat.

Lawa-lawa corak dia.




Rambang mata-mata.


Itu saja dulu nak cerita. Nanti aku continue lagi.

Bye!


Posted using BlogPress from my iPhone

Comments

Anum said…
bestnyaaaaaaaaaaaaaa

Popular posts from this blog

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Tinggal Lagi Sehari.

Sat ja kita dah sampai ke penghujung 2015. Bagi aku tahun 2015 ni antara tahun paling mencabar dan agak susah nak lalui. Memang agak struggle la tahun ni.phewwww.. Antara yang aku ingat apa jadi utk tahun ni.. Jan 2015 - Aku kena pindah rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab rumah aku sewa tu tuan rumah jual senyap-senyap. - Aku jual bisnes yang aku usahakan dari tahun 2011 ke orang lain. - Aku jual kereta. Feb 2015 - Jobless. Bergantung sepenuhnya dekat Eli. -Mula niaga barang dari China,tapi xlaku. Aku stop. -Mula jadi dropship Intan,tapi sekerat jalan. - Kereta xada. Kemana-mana naik moto kawan Eli(Ketai). March 2015 - Masih jobless. - Aktif bercucuk tanam depan rumah. -Masih tiada kereta. April 2015 - Berniaga teh detox dari UK. - Masih tiada kereta. Mei 2015 - Keluar ura-ura yang MAS nak buang pekerja. Time ni aku n Eli yakin gila babi yang Eli xakan kena buang keja. - Aku maintain jual detox tea. -Masih tiada kereta. Jun 2015 - Aku maintain jual detox tea. - Hujung bulan Jun...

Confirm -- MAS Dah Terminate Eli.

Hye Akhirnya,surat dari MAS yang kami suami isteri tunggu-tunggu,sampai kemarin. Berdebar time buka surat dan baca. Bila baca...memang eli dibuang. Tak tau nak rasa apa hahahaha.. Sedih pun ada..sebab Eli keja kuat..dia suka keja dia.. Eli boleh keja sampai 31.ogos 2015 nanti. Lepas tu kena keja lain pula. Duit pampasan dapat dalam 23k ja..akan dapat pada 1.9.2015. Maybe kami ni masih bernasib baik,sebab komitmen bulan2 rendah..cuma bayar bil letrik,duit rumah sewa,bil astro yang aku baru pasang 2minggu lepas n bayar loan Eli masa muda,itu ja komitmen. Kereta still kami masih belum ada..ke mana-mana memang naik moto ja. Lega la sikit kan sebab lepas ni tak tau Eli still boleh buat ot atau dh xboleh..kalau xboleh mmg makan basic dgn elaun sikit ja.. Gaji dekat MAS ni rendah ja.. Makanya aku dengan Eli bincang,aku kena balik kampung..duduk dekat kg dulu..Eli akan cari rumah sewa bujang..so jimat la kan. Jimat Rm380 tak payah bayar rumah sewa. Duit dapur pun jimat.. Lepas t...