Skip to main content

Resepi Maggi Kari Yang Sedap & Tips Telur Goyang.

Hye, assalamualaikum. Nak share resepi maggi kari yang sedap! Dan aku akan ajar sekali cara nak bagi maintain telur kuning goyang & kuah tak jadi bertelur.


Resepi Magg kari ;
Maggi kari (brand maggi sahaja)
Telur ayam 1biji
Air 2cawan (atau agak sendiri)
Sawi 1batang
Bawang kecik /bawang ros 1ulas
Bawang putih 1ulas
Limau nipis 1hiris
Cabai melaka 2pcs
Minyak masak 1-2sudu besar
Bawang goreng sahimi

Cara nak masak ;

Panaskan minyak, tumis bawang ros, bawang putih dan cabai melaka. Api slow ja ok. Agak kuning n garing, masuk perencah kari. Kacau sampai mesra.

Masuk air. Api maintain slow. Dan biar sampai mendidih. Kecilkan api ke api yang paliiiiiiiinnnnnngggggggggg kecik, masuk maggi dan pecahkan telur dekat 1bahagian ja (makesure masa pecahkan telur tu, rendahkan tangan ok). Agak 1minit, besarkan api & buh sawi.

Cukup lagi 1minit, tutup api. Perahkan limau nipis. Dan tabur bawang goreng Sahimi. Perhhhh! Sedap oi!

—————

Kuah ampa confirm tak akan jadi bertelur or pekat sebab telur putih kecamuk. Follow resepi ni n tips aku tu, confirm kuah kari ampa jadi jernih elok. Telur oren masih goyang-goyang inul. Sedapppppp!

Masak maggi version macamni + sambil tengok cerita korea.. serius feeling tahap maksimum! 😂😆


Selamat mencuba. Bye!





For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Tinggal Lagi Sehari.

Sat ja kita dah sampai ke penghujung 2015. Bagi aku tahun 2015 ni antara tahun paling mencabar dan agak susah nak lalui. Memang agak struggle la tahun ni.phewwww.. Antara yang aku ingat apa jadi utk tahun ni.. Jan 2015 - Aku kena pindah rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab rumah aku sewa tu tuan rumah jual senyap-senyap. - Aku jual bisnes yang aku usahakan dari tahun 2011 ke orang lain. - Aku jual kereta. Feb 2015 - Jobless. Bergantung sepenuhnya dekat Eli. -Mula niaga barang dari China,tapi xlaku. Aku stop. -Mula jadi dropship Intan,tapi sekerat jalan. - Kereta xada. Kemana-mana naik moto kawan Eli(Ketai). March 2015 - Masih jobless. - Aktif bercucuk tanam depan rumah. -Masih tiada kereta. April 2015 - Berniaga teh detox dari UK. - Masih tiada kereta. Mei 2015 - Keluar ura-ura yang MAS nak buang pekerja. Time ni aku n Eli yakin gila babi yang Eli xakan kena buang keja. - Aku maintain jual detox tea. -Masih tiada kereta. Jun 2015 - Aku maintain jual detox tea. - Hujung bulan Jun...

Confirm -- MAS Dah Terminate Eli.

Hye Akhirnya,surat dari MAS yang kami suami isteri tunggu-tunggu,sampai kemarin. Berdebar time buka surat dan baca. Bila baca...memang eli dibuang. Tak tau nak rasa apa hahahaha.. Sedih pun ada..sebab Eli keja kuat..dia suka keja dia.. Eli boleh keja sampai 31.ogos 2015 nanti. Lepas tu kena keja lain pula. Duit pampasan dapat dalam 23k ja..akan dapat pada 1.9.2015. Maybe kami ni masih bernasib baik,sebab komitmen bulan2 rendah..cuma bayar bil letrik,duit rumah sewa,bil astro yang aku baru pasang 2minggu lepas n bayar loan Eli masa muda,itu ja komitmen. Kereta still kami masih belum ada..ke mana-mana memang naik moto ja. Lega la sikit kan sebab lepas ni tak tau Eli still boleh buat ot atau dh xboleh..kalau xboleh mmg makan basic dgn elaun sikit ja.. Gaji dekat MAS ni rendah ja.. Makanya aku dengan Eli bincang,aku kena balik kampung..duduk dekat kg dulu..Eli akan cari rumah sewa bujang..so jimat la kan. Jimat Rm380 tak payah bayar rumah sewa. Duit dapur pun jimat.. Lepas t...