Skip to main content

Review Buku Safelia : Soft Teether Book For Baby.


Hye, assalamualaikum. Saja nak share n nak review buku Safelia. Kemain baru berapa hari di dunia, ibu dah excited beli buku untuk dia.😆

Aku memang suka beli buku, since Adelia kecik. Dan untuk diri sendiri pun aku rajin beli, kalau travel ke Indonesia, ada duit lebihan memang aku akan singgah kedai buku dekat sana untuk habiskan duit yang ada. Kalini beli untuk Safelia.



Haritu masa checkup Safelia, Dr Hema bagitau yang baby akan nampak warna hitam, putih dan warna ketiga yang dia akan nampak adalah warna merah.

So aku saja check di Shopee pasal cloth book /teether book black n white, sekali jumpa dan harga dia sangat murahhhh!!!

So aku order sebijik macam dalam gambar lepas baca review. Dekat 2w+ juga tunggu sampai sebab dari China. Bila sampai, ya allah sukanyaaaaaa!!


Sampai dengan selamat. Material dia non toxic cloth. Tak ada sebarang bau apa-apa bila kita bau. Bila kita keronyok dia pun xda keluar bau apa2, aku try gigit, pun tak ada sebarang rasa pelik.

Dan boleh masuk mesin basuh. 😆 itu yang paling best. Jahitan dia kemas. Warna tak luntur bila basuh. Air basuhan pun tak ada jadi hitam. So memang selamat la bila anak gigit or bawa masuk dalam mulut.


Printed atas kain pun lawa dan kemas. Tak comot. Tak lari. Tepi-tepi kain pun potongan elok. Kira berkualiti la walaupun harga kemain murah. Harga hanya Rm27 untuk 6pcs tau. Free postage lagi. Murah gila kan?!


Saiz dia memang cun-cun tapak tangan kita. Tak besaq sangat tak kecik sangat untuk baby 2-3bulan keatas. Selamat sebab baby tak akan tercekik.



Kain dia lembut. Sesuai sangatlah untuk baby. Tak keras dan tak akan melukakan mulut anak kita. 10/10 i bagi untuk kualiti dia. Sesuai juga untuk kita hadiahkan pada kawan-kawan yang ada baby. ♥️

Dekat mana nak beli? Ampa boleh search nama shop ni di Shopee ya, Haihou.my ok.



Bye! Happy shopping!




For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Personal Trainer Untuk Perempuan Di Sungai Petani.

Hye, assalamualaikum. Personal trainer di Sungai Petani, Kedah. Train perempuan sahaja. Harga pakej ; RM400 12sesi. RM1190 36sesi. RM2600 84sesi. Fees gym ; RM6/ entry tanpa limit masa. Gym di Amanjaya. Boleh ikut waktu & hari yang kita nak. 1 to 1 / with buddies. Setiap sesi 45-1jam. Dan 100% akan ada result bila konsisten train dengan April. Inilah Team April. Kami HIIT dalam kumpulan 2x seminggu. Ini April. Personal trainer aku.  For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Tinggal Lagi Sehari.

Sat ja kita dah sampai ke penghujung 2015. Bagi aku tahun 2015 ni antara tahun paling mencabar dan agak susah nak lalui. Memang agak struggle la tahun ni.phewwww.. Antara yang aku ingat apa jadi utk tahun ni.. Jan 2015 - Aku kena pindah rumah dalam keadaan yang tergesa-gesa sebab rumah aku sewa tu tuan rumah jual senyap-senyap. - Aku jual bisnes yang aku usahakan dari tahun 2011 ke orang lain. - Aku jual kereta. Feb 2015 - Jobless. Bergantung sepenuhnya dekat Eli. -Mula niaga barang dari China,tapi xlaku. Aku stop. -Mula jadi dropship Intan,tapi sekerat jalan. - Kereta xada. Kemana-mana naik moto kawan Eli(Ketai). March 2015 - Masih jobless. - Aktif bercucuk tanam depan rumah. -Masih tiada kereta. April 2015 - Berniaga teh detox dari UK. - Masih tiada kereta. Mei 2015 - Keluar ura-ura yang MAS nak buang pekerja. Time ni aku n Eli yakin gila babi yang Eli xakan kena buang keja. - Aku maintain jual detox tea. -Masih tiada kereta. Jun 2015 - Aku maintain jual detox tea. - Hujung bulan Jun...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...