Skip to main content

Hye! Laksa Johor Yang Sedap Di Sungai Petani.



Hye, Assalamualaikum. Lama tak update blog. Berblog ni best. Aku ni suka menulis. Tulis di blog lagi best dari tulis di FB or IG.

Harini nak cerita pasal laksa johor. Laksa johor di Sungai Petani. So far aku dah buka Good Good Lucksaa atau nama kedua Halal Laksa House dah nak masuk 6bulan.

Kalini aku buka dan ber-partner dengan Eli & kakak aku, Pikah. Good Good Lucksaa ni, plan asal dia memang nak jual bermacam jenis laksa.

Akhirnya, tuhan makbulkan. 1st menu adalah laksa johor. Laksa johor yang rata-rata customer makan, dia akan puji kata sedap.

Laksa johor ni nak buat dia, qhenyah. Sebab bahan untuk kuah dia banyak, kalau version yang tak derhaka. Aku follow version yang tak derhaka tau.

Sebab tu kalau siapa makan, dia kagum. Balance rasa masam manis, masin. Tak hanyiaq. Berlemak yang tak melampau. Pedas. Sedapppp!



Laksa johor yang aku, Pikah dan Eli masak ni pekat yang berkuah juga. Sebab orang Kedah suka makan kuah banyak. So aku buat version yang berkuah sikit tapi pekat. Kebanyakkan customer sanggup bayar extra untuk kuah laksa johor kami.

1senduk, aku caj Rm1. Boleh minta nak extra berapa senduk.😆 Kadang aku terpaksa explain dekat customer kenapa kuah laksa johor tak sebanyak kuah laksa kedah.

Laksa johor ni style makan ja jeneh berpalit. Macam kita makan spaghetti bolognese. Kuah tu berpalit dekat spaghetti. Bila explain baru depa faham.

Bagi aku laksa johor kalau makan kuah banyak, tak best. Memang kena makan kuah jeneh berpalit. Pandai orang johor meqheka. Tapi setengah customer tetap rasa nikmat makan kuah banyak.

Pilihan masing-masing kan. Kalau nak kuah banyak, abaq ja kata nak kuah extra. Nak abaq extra berapa senduk pun boleh. 1 senduk Rm1 sahaja. 🤗



Di Good Good Lucksaa , laksa johor kami packing dalam kotak makanan yang kalis air. So boleh terus makan dalam bekas kotak ni ja. Kuah kami akan bungkus asing. Portion memang besaq.

Kaau jenis makan sikit, boleh makan 2x atau 2orang. Kalau jenis makan banyak macam aku, memang sat ja licin hahahaha..

Ada customer yang jeneh makan banyak dia kata portion sikit. Ada ramaaaaaiiiiii customer yang siap minta kurangkan portion spaghetti. Lebihkan kuah xpa. Sebab dia kata banyak sangat.

Macam-macam kan. Tapi aku maintain ja portion tu. Sebab itu harga yang kualiti yang dah di akad dengan customer. Laksa Johor ni wajib ada ;

Spaghetti
Daun kesum
Bunga kantan
Daun selasih
Lobak masin
Tauge
Kacang panjang
Bawang besar
Timun
Limau kasturi
Sambal belacan

Kalau bahan topping ni tak dak, memang tak lengkap. Lobak masin tu kalau aku dapat hat melayu, baru aku buh. Kalau hat melayu xdak stock. Aku terpaksa pejam mata xbubuh.

Lobak masin susah nak jumpa melayu buat. Asyik xdak stock. Hat chinese banyaaaaakkkkkk. Kadang customer tanya, hat melayu ka hat cina..


Dalam kuah laksa johor kami, kami buh 3jenis ikan basah. 2jenis udang. 1 jenis ikan masin. Ikan basah kami guna ikan tenggiri, ikan tongkol, ikan selayang sikit. Ikan masin kami guna isi ikan kurau. Udang kami guna udang kering dan udang basah.

Dan untuk pengetahuan ampa, kami tak guna ajinamoto tau. So kuah kami tak rasa hayai. Sebab apa kami tak guna ajinamoto?

Sebab kami dah guna udang basah. Isi udang basah kami buh dalam kuah. Pastu ayaq kulit udang basah tu pun kami buh dalam kuah. Bercampur pula dengan perasa udang kering dan isi ikan kurau masin tu.

Memang kuah laksa johor kami jadi sedap tanpa perlu guna ajinamoto. Lagi pun aku tak pandai sukat ajinamoto. Ajinamoto ni kalau sukat salah, makanan jadi hayai maneh yang pelik.

Tu specialnya luah laksa johor kami. Udang ikan kami pilih hat fresh. Mata jernih, insang merah. Sebab nak jaga kualiti kuah laksa johor kami. Ampa wajib try tau.

Sedapppp!🤗

K tu ja nak cerita. Kalau ampa dok Sungai Petani dan kawasan sekitar, mai la pekena laksa johor kami. Ampa confirm jatuh hati. 

Jemput mai ok. 🤗♥️






For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

aku accident,kereta dirempuh dari belakang.

Assalamualaikum Tak tau macamana nak cerita..rasa macam mati hidup semula. Aku, Eli & Adelia accident. Aku baru ja ambik lesen dekat pakcik Mokhtar. Tengok malam tu juga accident. Hari Ahad haritu,aku gerak dari kampung sebab Isnin eli dah keja. Kami gerak dari rumah ayah, lepas p kenduri di Tikam Batu. Dalam pukul1 pagi,kami dah sampai dekat highway KLIA, bayar tol dan eli minta aku bawa kereta. Dia dah mengantuk gila. Aku pun drive n eli dok belakang jaga adelia. Adelia time tu tengah tidoq..tidoq dekat belakang tanpa car seat. Kami tak beli car seat lagi untuk Adelia. Aku pun bawa kereta sambil sembang dengan eli,sambil gelak-gelak. "b,u jgn tidoq..i xtau jalan.." "b,macam lelong ja i bawa..hahaahha" saja aku dok melawak dengan dia..dia pun dok gelak2 bila aku kata aku bawak lelong..padahal xlelong pun..perasaan ja haha.. pastu eli cakap "jap g u bagi signal kiri..masuk kiri" dok sat dalam 2-3min gitu,aku bagi signal kiri n tengok dekat cer...

Pengalaman Bersalin (part 1)

Hai aunty..hai uncle..hai kakak..hai abang!adelia dah say goodbye dah dekat ibu punya tummy..hikhikhik.. Adelia dengan ibu dah boleh balik rumah sebab adelia dah poopoo dengan weewee 2kali.. Semalam sebelum adelia keluar jumpa aku dengan apak dia,aku cakap ke Adelia  . "Syg..bila syg nak keluar jumpa ibu ni.." Apak dia pun cakap "baby..baby keluar time gaji tau.." So semalam kan 23hb..apak dia pun cakap "Baby..meh keluar..ayah dah gaji dah.." Macam biasa,petang tu Eli siap2 nak p keja,aku pun hari 23hb tu aku tidur awal..pukul 11 lebih. Sebelum tidur tu aku update twitter kata bila la nak bersalin.. Dalam pukul 2.15pagi aku tersedar..aku rasa lain macam gila.. Rasa macam sengugut..tapi mild ja.. Tapi memang rasa lain macam badan aku..aku tahan sejam juga.. Dalam sejam tu memang aku ulang alik masuk toilet banyak kali. Tapi still xsms Eli lagi.. Sampai la aku check tengok ada lendir coklat..pkul 3.20pagi baru aku call Eli.. Maka..bermulalah detik yang aku s...

Panduan bercinta dengan suami orang.

Ini la yang dikatakan zaman Urban.cityyyyyy sangat hahahahaha.. Aku xtau la makluk mana yang boleh dok buat pasal panduan2 bercinta dgn suami orang.. Bodo ka apa...aku bukan nak tolak hukum allah pasal poligami...tapi kebanyakkan laki zaman sekarang ni xmampu nak ada bini lebih dari 1..kalau mampu..aku rasa belambak la pompuan xyah kerja..just dok umah jaga anak ja..jadi surirumah sepenuh masa. Ini..gaji bini pun nak kena support gaji laki sebab xcukup..so aku xtau la celah mana laki stock2 bini kena tolong dia sara family ni boleh mampu kawen lebih dari satu. Xyah la kebulur dengan laki orang sangat..kalau kebulur dengan laki orang yang mampu nk berbini lebih xpa la..ni cari laki yang bila hg kawen buat hg suffer ja jadi bini no.2 wahahahaha..bodoh! Aku tau,pompuan yang jeneh bercinta dengan laki orang ni mesti akan marah kita isteri2 pertama yang dok halang laki kita dari kawen lebih dari 1..yala cinta itu kan buta...buta sgt tu yang sampai boleh kebulur dengan laki orang.. Aku...