Isnin lepas,11.1.2016 aku dapat peluang jadi jemputan untuk slot DIY dalam rancangan assalamualaikum channel 114. Rasa macam xcaya..tp tula.. Rezeki dan peluang. Banyak-banyak terima kasih pada Kak Ezy sebab rekemen aku untuk jadi jemputan slot DIY. Terima kasih banyak-banyak. Untuk Cik Miza,terima kasih juga sudi jemput i untuk slot DIY haritu. ----------- Aku dijemput oleh Cik Miza melalui wasap hari Ahad kalau xsilap. Kira seminggu awal. Masa dijemput tu,memang terus aku terima.hhehehe.. Hari Khamis confirm,hari Sabtu petang jam 3ptg aku terus naik bas dengan Eli turun KL. Gerak p stesen bas sungai petani. -------- Sampai Shah Alam dalam pukul9,terus pinjam kereta abang Eli untuk guna hari Ahad dengan Isnin. Ahad pagi,bangun. Dalam pukul10 tu terus ke GM Klang cari baju untuk dipakai hari Isnin. Dapat 3helai baju,1shawl..settle. Terus ke IKEA cari barang nak deco atas meja. Sampai rumah kak ju,petang. Terus relax-relax. Test segala benda untuk esok. So Isnin memang tak kalut dah la....