Skip to main content

Persediaan makanan untuk bayi masuk 6BULAN.

assalamualaikum.. hye peeps.

now tengah dok google pasal solid food untuk baby...apa yang tak boleh..apa yang boleh...macamana nak start bagi baby makan....apa yang 1st solid food yang baby boleh makan dan try...so nanti xla gelabah...

apa yang aku tau,sebaiknya try dulu bagi baby puree buah.tapi ada juga yang start bagi moi mula2...tapi banyak yang aku baca suruh kita start bagi puree dulu..

feberet blog yang aku suka kalau bab baca pasal baby nie adalah blog madugoncang...blog little parlour...blog kak liana majid...banyak ilmu aku dapat..resepi...so aku dapat la juga nak bayang fruit apa yang aku nak kena try bagi....


1st time jadi mommy nie kadang-kadang blur...hikhikhik ...


ada cara suruh kita ajar 4day wait rule untuk baby...sebab dengan cara nie juga kita boleh detect baby kita ada alahan ke tak dengan makanan yang kita bagi tu... ^__^


sebelum nak bagi baby solid food ada beberapa tips :-



1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal
2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)
-Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.
-Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.
-Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu
** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
-Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. (susu ibulah GULAnya)




-Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu.
5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa  – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)
6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar.  apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.
7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! 

~ ~ ~ ~ ~
tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:

Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
susu lembu/dairy products
makanan laut
kekacang
citrus food
yeast, cheese (keju)
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)

** saya ingin kupas sedikit tentang MADU. mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. **Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. **

kredit to :: sarakids.com


tata


Comments

cherry_ijau said…
oooo .. thanks 4 info
Mimy Hamid said…
akak ada copy pdf buku resepi baby...kalau nak bg email yer..nnt forward
blog walking cari resepi makanan bayi..stumble into your blog. thanks yer..info yg mmg saya cari2 :)
Anonymous said…
akak mimi hamid, leh tak forwardkan skali sy pdf resipi baby..sy glabah ni, esok nak start bg mkn..
hepl me..tq!!
aziana azali said…
akk mimi leh tak email kat saya jgk makanan utk baby tue??? :)
ibu raisha said…
Sgt b'manfaat untuk ibu bru mcm sy.tq info
ibu raisha said…
Sgt bmanfaat bg ibu bru mcm sy:-) tq info..
ibu raisha said…
Sgt brmanfaat bg ibu bru mcm sy:-) tq info
Anonymous said…
semasa bertahnik, madu yang disapu di langit baby selepas baby lahir juga berbahaya ka?
Anonymous said…
slm,leh x emelkn sy gk ke nazmi4982@gmail.com
Unknown said…
salam sis, boleh email kan tak ke, e_sya05@yahoo.com
Unknown said…
salam sis, boleh email kan tak ke, e_sya05@yahoo.com
Nurul said…
Boleh x klau kite nk buat puri pisang or buah buahan lain campur dgn air yg di masak selain kite letak susu ibu??
Nurul said…
Salam boleh x buat puri buah campur dgn air masak je selain bg susu ibu?
ctziey said…
bab madu tu mcm x sokong la..jgn trikut sgt dgn org putih punye pndapat...
safiyyah osman said…
Bkn terikut dgn pdpt org putih...btw psal madu tu kajian... lepas dua thun klu nk bg madu segelen pun ok..hehehehhee
Anonymous said…
Salam..akk sy nk copy pdf resepi baby bley?ni email..ain_411@yahoo.com
Anonymous said…
madu tak boleh..cam tak betul jek...bertahnik dah guna madu..takkan sunnah Rasullah tak betul..tak setuju...yg lain2 ok ...tq for ur info..
cplud miera said…
Assalam. nice info. baby sy nk masuk 6bulan dh. tercari2 makanan sesuai tuk bayi.. follow cni
Anonymous said…
nk copy pdf jgk tq...emel: rytt78@yahoo.com
ctfand said…
salam kenal, mohon izin untuk salin maklumat dan panduan ini untuk diletakkan di blog saya. mungkin puan tak punya masa untuk reply permohonan ini, tapi saya akan kreditkan kepada blog ini dan web sarakids.com

terima kasih dan teruskan memberi inspirasi.

ctfand.

Popular posts from this blog

Adelia dijangkiti HFMD.

assalamualaikum.. P/s : gambar dlm entry ini hanya utk rujukan ibu2 lain,kalau nampak tanda2 mcm dikulit adelia ni pda anak kalian,cpt bawa jmp doktor..jgn ingat ruam bisa biasa. HFMD adalah penyakit dari virus cox-sa-ki. orang2 kita sebut sakit kaki tangan dan mulut. Aku memang terkejut gila.. xsangka ok.. sebab adelia duduk dalam rumah ja.. keluar weekend gitu ja.. Dah masuk seminggu dia sakit. Tapi harini dah ok..luka semua dah sembuh dan kering. Ulser dalam mulut pun dah ok.. Simptom pertama yang keluar :- 1.aku perasan ada merah-merah macam air bisa pecah dekat private part dia..tapi aku ingat ruam lampin biasa tu.. aku pun sapu krim ruam lampin tu macam biasa.. 2. Perasan ada 1ruam ada air bisa dekat kepala lutut dia. Satu ja. Eli picit bagi pecah. 3.masuk hari ke3 aku perasan pasal ruam lampin dgn ruam dekat lutut dia tu,malam tu dia badan panas..kepala panas..kaki panas. Ingat demam. Tapi pelik kenapa kaki dia pun panas.. 4.aku jelum dengan air asam jawa mal...

Adelia dijangkiti HFMD.

assalamualaikum.. P/s : gambar dlm entry ini hanya utk rujukan ibu2 lain,kalau nampak tanda2 mcm dikulit adelia ni pda anak kalian,cpt bawa jmp doktor..jgn ingat ruam bisa biasa. HFMD adalah penyakit dari virus cox-sa-ki. orang2 kita sebut sakit kaki tangan dan mulut. Aku memang terkejut gila.. xsangka ok.. sebab adelia duduk dalam rumah ja.. keluar weekend gitu ja.. Dah masuk seminggu dia sakit. Tapi harini dah ok..luka semua dah sembuh dan kering. Ulser dalam mulut pun dah ok.. Simptom pertama yang keluar :- 1.aku perasan ada merah-merah macam air bisa pecah dekat private part dia..tapi aku ingat ruam lampin biasa tu.. aku pun sapu krim ruam lampin tu macam biasa.. 2. Perasan ada 1ruam ada air bisa dekat kepala lutut dia. Satu ja. Eli picit bagi pecah. 3.masuk hari ke3 aku perasan pasal ruam lampin dgn ruam dekat lutut dia tu,malam tu dia badan panas..kepala panas..kaki panas. Ingat demam. Tapi pelik kenapa kaki dia pun panas.. 4.aku jelum dengan air asam jawa malam tu..xtidoq ok..te...